≡ Menu

Sekiranya Anda Menghidap Penyakit Ini, Anda Mungkin Tak Layak Untuk Menunaikan Haji! Ketahui Dengan Lebih Lanjut


 

Acquired Heart Valve Disease Symptoms: Tiredness, Chest Pain, Swelling in Legs

KELAYAKAN MAMPU TUNAI HAJI

Komponen paling utama dalam melakukan ibadah haji adalah gerak geri fizikal. Samada ianya rukun haji atau wajib haji, malah sunnat dilakukan semasa ibadah haji, semuanya memerlukan kekuatan badan kecuali niat. Oleh yang demikian para Duyufurrahman dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum diluluskan ke Tanah Suci. Jika lulus sekalipun, para bakal haji dinasihati supaya kekal sihat sehingga hari keberangkatan, sepanjang berada di Madinah dan Mekkah. Kesihatan optima amat penting semasa waktu kemuncak masyair (bermula wukuf hinggalah hari-hari tasyrik).
.
Definisi kemampuan mengerjakan ibadah haji
Memang berpatutan dengan salah satu syarat wajib haji iaitu: “seseorang yang sihat tubuh badan dan berakal”. Inilah definisi MAMPU yang telah dinukilkan dalam Al-Quran:

فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

Bermaksud: Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup Mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. [Surah ali Imran Ayat 97]
.
Kemampuan yang dimaksudkan di sini terbahagi kepada tiga:
1. Orang yang sanggup mendapatkan perbekalan dan alat-alat pengangkutan
2. Sihat jasmani dan Akal Fikiran dan
3. Aman perjalanan.
.
Kemampuan pertama dan ketiga di atas senang diperolehi dizaman yang serba canggih kini. Tetapi sihat tubuh badan dan akal fikiran adalah bergantung kepada individu tersebut. Kemampuan dari sudut kesihatan hanya diperolehi setelah setiap jemaah haji menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di Tanah Air. Pegawai Perubatan yang memeriksa mempunyai panduan khusus untuk memeriksa setiap bakal haji. Beberapa objektif utama pemeriksaan kesihatan dilakukan:
1) Memastikan semua bakal haji berkeupayaan dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan ibadat haji dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi kesihatan
2) Mengesan penyakit yang dihidapi oleh bakal haji pada peringkat paling awal dan memberi rawatan sewajarnya ataupun untuk dirujuk kepada doktor pakar jika perlu .
3) Merekodkan status kesihatan bakal haji dan rawatan yang diterima untuk makluman Rombongan Perubatan di Tanah Suci .
4) Memastikan bakal haji wanita hamil tidak diluluskan
5) Memastikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke – 84 (15 Disember 2008 ) dipatuhi di mana:
i) Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis adalah tidak wajib menunaikan ibadah haji;
ii) Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan dan;
iii) Sekiranya telah sembuh daripada penyakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.
Kes-kes berkaitan sebagaimana di atas adalah tidak layak dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Peringkat Negeri dan ianya juga tidak boleh diluluskan oleh mana-mana Pakar Perubatan.

Terdapat beberapa kategori penyakit yang tidak layak untuk menunaikan haji, dengan ertikata lain, jemaah tersebut tidak berkemampuan dari sudut kesihatan dan terhapuslah kewajipan haji keatasnya. Berikut adalah jenis penyakit yang tidak layak untuk mengerjakan haji yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji. Garis panduan ini adalah hasil dari konsensus para pakar yang terlibat terus dalam pengendalian jemaah haji dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia.
1) Penyakit paru-paru yang (COPD, Asma dll) sekira-kira tidak membolehkan baginya bergerak cergas.
2) Sejarah serang sakit jantung dalam tempoh 3 bulan lepas.
3) Sakit jantung yang sekira-kira tidak membolehkan baginya bergerak cergas.
4) Jangkitan kuman ke jantung yang masih dalam fasa rawatan antibiotik.
5) Darah tinggi yang tidak terkawal melebihi bacaan diastolik 120 mmHg walaupun sudah diberi ratatan optima.
6) Penyakit hepar cirrhosis.
7) Sakit Buah pinggang
😎 Batu karang yang teruk.
9) Kencing manis yang tidak terkawal. Paras gula senantiasa melebihi 13 mmol atau HbA1c melebihi 10%.
10) Penyakit Tiroid yang aktif.
11) Semua jenis kanser.
12) Baharu menjalani pembedahan besar.
13) Mempunyai penyakit berjangkit seperti TB, Kusta, dan beberapa jenis lagi. Penilaian kesesuaian akan dilakukan oleh doktor.
14) Penyakit sawan yang tidak terkawal
15) Penyakit mental seperti maniak, skizofrenia dan beberapa jenis lain lagi yang sekira-kira tidak dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Penilaian khusus akan dilakukan oleh pakar.
16) Penagih dadah. Kelonggaran akan diberikan kepada panagih yang stabil menjalani rawatan gantian methadone.
17) Pesakit HIV. Kelonggaran diberikan kepada pesakit yang stabil mengikut garis panduan yang ditetapkan.
.
Semoga dengan penjelasan ini tidak menimbulkan kekeliruan dikalangan bakal-bakal haji. Semoga beroleh haji mabrur.
.

BACA:  5 Sebab Kenapa Suami Perlu Lebih Rajin Ambil Gambar Isteri. Nampak Macam Remeh, Tapi...

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel