≡ Menu

“Sebutan ‘aku cinta padamu’ dan ‘apa khabar sayang’ hanyalah gula-gula murahan Artis KPOP”. SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA


Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: ‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ Sabda beliau: “Siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini lebih meyakinkan kita apabila kita lihat fenomena K-Pop yang berterusan melanda di negara kita khususnya. Apabila artis korea meninggal dunia, kita sibuk berhimpun menyatakan kesedihan kita. Jiran sekampung meninggal pun belum tentu kita bertahlil. Beginikah sikap kita?

BACA:  Polis Selangor Akan Lancarkan Ops Covid-19, Rakyat Perlu Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

berikut adalah perkongsian ustaz haji omar kassim. Perkongsian ini telah dibuat oleh beliau melalui laman sosial facebook nya.

BUDAYA ASING TERUS DIANGKAT NAIK

Jika pemakaian pramugari syarikat “penerbangan merah” tidak melambangkan wanita Malaysia serta adab resam bangsa dan agama, budaya dan hiburan asing seperti ini juga perlu dikekang. Mereka bukan hanya membawa budaya hedonisme malah juga mendakyah agama Kristian yang dianuti. Mereka bijak meraih simpati peminat yang sudah tergila-gila. Konon pandai bercakap Melayu. Sebutan “aku cinta padamu” dan “apa khabar sayang”, hanyalah gula-gula murahan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mereka memakai pula pakaian sekolah, padahal tiada anak-anak kita ke sekolah dengan pakaian sedemikian kecuali di Korea.Dan, sebagai publisiti dapat pula laporan dua muka penuh akhbar.

BACA:  Kenapa Masa Yang Pantas Berlalu Menjadi Tanda Hampirnya Kiamat? Baca

Orang Islam dan agama Islam tidak pernah menghalang hiburan, tetapi biarlah ia menepati panduan syarak. Drama, filem, nyanyian, nasyid dan segala jenis yang berkait hiburan tidak perlu disekat semuanya, tapis dan buanglah acara tidak bermoral dan mengundang bala itu.

Marilah bersama mendidik anak bangsa agar kembali kepada Islam, berjuang untuk Islam, hidup cara Islam, berhibur mengikut garis panduan Islam, agar perjuangan Islam terus dimartabatkan di bumi bertuah ini.

 

sumber: FB OK

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel