≡ Menu

Rusia Tidak Iktiraf Keputusan US-Israel Terhadap Baitulmaqdis


KAHERAH: Rusia akhirnya menyatakan pendiriannya berhubung isu Baitulmaqdis dengan menolak pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktiraf Baltulmaqdis sebagai ibu negara Yahudi.

Justeru Moscow mahu sebarang konflik berhubungnya diselesaikan mengikut norma undang-undang antarabangsa.

Perkara itu dijelaskan Presiden Rusia, Valdimir Putin sewaktu pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya di Mesir, Abdel Fattah El Sisi pada Isnin.

Menurut Putin, Moscow menyokong apa sahaja langkah di Baitulmaqdis selagi ianya hasil dari perbincangan kedua-dua belah pihak Palestin-Israel.

“Kami berpandangan bahawa apa sahaja langkah yang tidak mengutamakan hasil dialog antara Palestin dan Israel adalah tidak produktif.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Kami fikir bahawa langkah sedemikian adalah langkah ke arah ketidakstabilan.

BACA:  Terhapus Semua Amalan Kerana Mengabaikan Ibadat Ini, Ruginya Kalau Kita Buat!!

“Mereka tidak membantu kepada resolusi baharu sebaliknya akan menimbulkan konflik di rantau itu.” jelasnya.

Mengulas lanjut Abdel Fattah berkata beliau dan Putin sepakat bersetuju sebarang langkah di Baitulmaqdis perlu melaluikerangka perundanan antarabangsa dan keputusan yang dibuat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB.

“Dan perkembangan ini mempunyai kesan berbahaya pada masa depan keamanan dan keamanan di rantau ini.

“Saya mengesahkan kepada Putin bahawa kita mesti mengekalkan status undang-undang sebelum ini di Baitulmaqdis berdasarkan keputusan antarabangsa dan khususnya keputusan PBB.

BACA:  Kesan Pornografi Kepada Otak Dan Kenapa Ia Membahayakan Rumahtangga Anda!

“Dan saya menekankan bahawa kita perlu bekerjasama mencegah keadaan ini dari menjadi lebih rumit,” jelasnya lagi.

Tambah Abdel Fattah langkah yang dibuat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkaitan Baitulmaqdis akan melemahkan peluang perdamaian di rantau itu.

Pada pertemuan itu juga kedua-dua negara menandatangani perjanjian pembinaan stesen reaktor tenaga nuklear dengan perjanjian pinjaman dari Rusia berjumlah AS$25 bilion.

 

Sumber: Astro Awani

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel