≡ Menu

Rindu Mak Tak? Ni Sebab Mak Marah Kalau Sepahkan Rumah Dulu-Dulu


“Aduii peningnya kepala. Kita kemas depan, kat bilik bersepah. Kita kemas bilik, dekat dapur pula melambak-lambak. Stres dibuatnya… Kadang-kadang tu pelik juga kenapa orang lain dalam rumah ni tak rasa rimas dengan benda bersepah-sepah?”

Inilah antara situasi yang akan selalu dialami oleh mak-mak, terutamanya waktu cuti sekolah. Biasalah bila budak-budak bila ada di rumah, macam-macam idea mereka nak bagi kita ‘bersenam’. Dalam satu hari tu kadang-kadang sampai tak ingat dah berapa kali kita mengemas.

Walaupun rumah bersepah dianggap perkara biasa, tapi ada kalanya keadaan ini boleh menimbulkan stres yang teruk kepada si ibu. Bila dah terlalu penat, ibu yang tadi tersenyum pun boleh bertukar ‘hijau’. Ada kalanya juga ia menyebabkan ibu mula berasa risau, tak berdaya, stres dan sukar mengawal perasaan.

Dari segi psikologi, rumah yang bersepah ini mampu menjejaskan perasaan dan mood kita secara signifikan. Seperti yang diterangkan melalui laman web Psychology Today, ada 8 sebab kenapa ia membuat mak-mak cepat stres.

8 SEBAB MAK-MAK BOLEH ‘MENTAL’ BILA RUMAH ASYIK BERSEPAH

RANGSANGAN BERLEBIHAN
Keadaan yang tak terurus dan benda yang bersepah-sepah membuatkan minda kita semak dengan pelbagai bentuk rangsangan atau stimuli, sama ada dari segi visual, sentuhan, bau dan sebagainya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Hal ini menyebabkan deria kita terpaksa bekerja lebih masa untuk memproses rangsangan yang kurang penting dan tidak sepatutnya hingga menjadikan mak-mak letih dan stres.

MENGALIHKAN FOKUS
Tadi sepatutnya nak memasak dah tak jadi sebab terpijak atau tersepak mainan. Sebab apa boleh tak jadi masak? Sebab bila mainan tu dah berbunyi, si kecil yang tidur pula terjaga dan kita pula kenalah pergi tengok dia dan melayan dia.

BACA:  Kisah Nabi Ilyas Dan Ilyasa' Yang Tak Semua Orang Tahu!

Gangguan begini walaupun nampak remeh, menyebabkan ibu hilang fokus. Bila tak dapat capai target nak masak sebelum suami balik, tentulah akan timbul rasa panik, risau dan kecewa kan?

MINDA SERABUT SUKAR UNTUK RELAKS
Jarang mak-mak boleh relaks bila nampak barang bersepah-sepah. Yalah, bimbang ada yang cedera kalau tersepak. Mental rasa letih sebab rasa rimas dan terganggu, lebih-lebih lagi bila jam dah semakin hampir pukul 5.

Bukan tak nak percayakan orang lain untuk tolong kemas, tapi kadang-kadang dalam hati ni pula asyik fikir takut ada barang yang tersalah letak.

RASA KERJA TAK SIAP-SIAP
Secara psikologinya, benda yang bersepah-sepah ini juga boleh memberi signal kepada otak yang kerja kita masih ‘tak siap’.

Sebab itulah kita akan dilanda rasa bersalah walaupun dah berkali-kali mengemas hari ini.

MENIMBULKAN RASA RENDAH DIRI
Bila kita nampak diri kita ‘macam tak buat kerja’, ini juga menyebabkan si ibu berasa rendah diri, malu dan geram dengan diri sendiri, apatah lagi jika terpaksa menerima tetamu dalam keadaan begini. Tentu berkali ganda stresnya!

MEMBANTUTKAN KREATIVITI & PRODUKTIVITI
Menurut kajian, ruang terbuka dan kemas dapat memberi ruang kepada minda seseorang untuk menjadi lebih kreatif dan produktif.

Maka tak hairanlah apabila terpaksa berhadapan dengan keadaan bersepah, mak-mak akan cenderung merasakan aura negatif hingga menyukarkan mereka untuk berfikir, membuat keputusan, mencetuskan ilham, dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Dalam erti kata lain, mood dah ke laut!

MENAMBAH BEBAN IBU
Kalau masing-masing tak bertanggung jawab dan hanya mengharapkan ibu untuk mengemas, dah tentu ia akan membebankan ibu. Dah besar panjang pun asyik nak kena suruh, memang boleh sakit hati jugalah kan bila kita tengok mereka boleh bersenang-lenang.

BACA:  Kebaikan Ajar Anak Baca Buku Di Usia Muda! Ini Tips Berguna Untuk Ibu Bapa Muda

Jadi sebaiknya ibu perlulah melatih anak-anak agar berdikari dan mampu menguruskan diri serta barang mereka dengan baik.

SUKAR MENCARI BARANG
Bila dah bersepah, mesti susah masing-masing nak cari barang. Kadang-kadang kita pun susah nak letak barang kita sebab ada banyak barang orang lain yang ‘menyibuk’.

Lagi satu, manalah si ibu tak stres sebab asal ada benda hilang, mesti akan tanya ibu. Bila kita dah beritahu dekat mana pun, masih juga mereka tak jumpa walaupun dah di depan mata… Sabar jelah.

SABAR YA, NANTI ANDA MUNGKIN AKAN MERINDUINYA
Apapun, kalau dah namanya budak-budak, tak apalah kalau bersepah sekejap. Masa bermainlah sel-sel otak mereka nak berhubung dan berkembang kan? Yang penting, kita ajarkan mereka untuk kemas semula selepas bermain dan menggunakan barang. Suami pun kena turut sama main peranan dan jadilah contoh yang baik buat anak-anak. Jangan nak menambahkan lagi sepahnya sudahlah, boleh ‘mental’ Mak-mak dibuatnya!

Walaupun hari ini kita stres, suatu hari nanti mungkin kita akan rindu bila keadaan senyap sunyi di rumah. Semua anak dah besar dan dah jauh meninggalkan kita. Jadi, tarik nafas dalam-dalam dan senyumlah ibu. Enjoy moment ini selagi boleh dan jangan fikirkan sangat tentang rumah yang bersepah ya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel