
Rata-rata rakyat Malaysia sememangnya suka bercuti. Sebenarnya bukan kata wang menjadi ukuran tetapi kepuasan.
Rata-rata rakyat Malaysia sememangnya suka bercuti. Sebenarnya bukan kata wang menjadi ukuran tetapi kepuasan. Kalau pandai, buat tempahan tiket awal ataupun lihat ketika harga murah atau semasa Matta Fair. Apabila berada di tempat orang, selalunya yang menjadi masalah ialah makanan. Sukar sebenarnya untuk mencari makanan halal disesebuah tempat. Tetapi kalau anda pergi ke Thailand, ada beberapa kedai makan yang halal. Cumanya, anda perlu membuat tinjau di laman sesawang ataupun bertanya rakan-rakan yang telah pergi. Di sini kami kongsikan dengan anda beberapa tempat makanan halal yang ada di Bangkok, Thailand.
1. Sophia

Restoran Sophia memang terkenal dikalangan pelancong muslim. Restoran ini merupakan salah satu restoran yang menyediakan makanan yang halal. Paling utama, mereka turut menyediakan tempat untuk solat. Pelbagai menu yang enak-enak disediakan. Anda boleh layari www.sophia-ct.com untuk maklumat lanjut.
2. Yana RestoranKalau anda pergi membeli-belah di Mah Boon Khrong Mall, boleh singgah di Yana Restoran. Harga yang ditawarkan juga agak menarik. Nak tahu lebih, layari www.yanarestaurant.com.
3. Saman Restoran

Terletak di Chatucak Market, Bangkok, restoran ini memang sentiasa penuh. Al-maklumlah makanan halal bukan senang hendak jumpa. Paling penting, makanan di situ macam-macam ada!
4. Spice and Rice Thai Cuisine

Restoran ini dikategorikan sebagai high-end dan amat terkenal di Bangkok. Kalau anda teringin makan di sana, apa salahnya. Sesekali berbelanja, kan? Ini laman sesawang sekiranya anda berminat untuk membuat lawatan ke sana nanti www.thesukosol.com/press-releases/spice-rice-thai-restaurant-debuts-new-menu.
5. Yusup Pochana

Jangan kata di Bangkok tidak ada Nasi Beriani! Anda mesti cuba di Yusup Pochana. Kiranya makanan yang mereka sediakan seperti Malaysia juga. Ini alamatnya, 531/12 Kaset Nawamin Road (Tawmaw 97), Lat Yao Chatuchak, Bangkok.
6. Sara Restoran

Pernah makan Pad Thai? Anda perlu pergi ke restoran Sara kerana Pad Thai mereka sangat terkenal. Informasi ada di sini, www.nouvocityhotel.com/facilities/sara-restaurant.html.
7. Alif Laila by Bawarchi

Restoran ini menghidangkan makanan dari India iaitu wilayah Punjab. Pelancong Arab selalunya suka ke sini. Kalau anda hendak mencuba pun boleh!
8. Farida Fartonee Muslim Food

Sangat popular di kalangan pelancong Malaysia dan Indonesia. Gerai Farida menyajikan makanan yang halal dengan harga yang berpatutan. Gerai ini terletak berhampiran dengan BTS Ratchathewi.
9. Ramkhamhaeng (berhadapan Rajamangala Stadium)

Satu lagi tempat yang patut anda pergi untuk mendapatkan makanan halal ialah Ramkhamhaeng. Ramkhamhaeng adalah sebuah daerah yang luas di Suan Luang dan dipenuhi dengan orang Islam. Di sini terdapat banyak masjid dan lebih kurang 100 buah kedai/gerai makan Muslim. Tentu anda merasa berselera disebabkan mudahnya untuk mendapatkan makanan halal dengan resepi asli Thai, terutamanya masakan dari Selatan Thailand. Ia dibuka pada pukul 5 petang hingga lewat malam. Kebanyakkan peniaga boleh bercakap Bahasa Melayu tetapi dialek Kelantan.
Antara makanan halal yang boleh diperolehi di sini ialah bihun sup, nasi briyani, tomyam, goreng-gorengan, bebola ikan, pad thai, ikan bakar, kerabu daging dan macam-macam lagi.



Gambar: HalalLivingthailand.com
Sumber: Nota Kembara & Ommdotcom.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel