Resdung merupakan antara penyakit sinonim dengan rakyat Malaysia yang berpunca daripada alahan atau nama lainnya Allergic Rhinitis. Resdung melibatkan keradangan pada saluran hidung hingga mengakibatkan beberapa tanda yang sering berlaku pada pesakit resdung iaitu bersin, hidung berair, gatal hidung dan juga hidung tersumbat.
Resdung terjadi apabila sekeliling rongga hidung anda dijangkiti bakteria. Kebiasaan bagi mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif terhadap debu, kotoran, bulu-bulu haiwan terutama kucing dan juga alahan pada sesetengah makanan.
Bagi yang mengalami masalah resdung ini pasti ada yang telah berusaha bermacam cara untuk mengubatinya. Jika kena dnegan caranya, pasti resdung dapat diubati tetapi sekiranya telah berusaha pelbagai cara tetatpi masih tidak sembuh, pasti ada yang tidak kena.
Oleh itu, mari kita baca perkongsian dari Dr.Ezairy M.Sallih mengenai punca-punca mengapa pesakit resdung sukar sembuh.
Selamat membaca dan semoga bermanfaat.
5 SEBAB PESAKIT RESDUNG SUSAH SEMBUH
“Doktor, masalah resdung suami saya ni susah sangat nak sembuh. Bermacam-macam cara dah berubat, masih tak selesai. Apa sebabnya, doktor?”
Anda pernah alami situasi seperti di atas?
Cuba kita periksa 5 perkara ini :
1.Tak tahu punca alahan
Resdung dan alergik rhinitis berlaku disebabkan adanya punca alahan atau allergen. Biasa ditemui ialah habuk, hama, makanan lait dan sebagainya. Selagi mana anda terdedah kepada punca alahan tersebut, masalah tak akan selesai.
2.Tak jaga makan dan punca resdung
Dah tahu punca yang menyebabkan anda mengalami alahan, tetapi masih tak mahu elak punca tersebut… macam mana masalah nak selesai? Setelah anda tahu punca yang menyebabkan anda mengalami alahan, elakkan dan jauhi ia!
3.Tidak makan ubat
Setelah mengelakkan punca-punca alahan, anda perlu ambil ubat yang diberi oleh doktor. Ia amat membantu terutama jika serangan resdung berlaku kepada anda.
4.Buat rawatan yang tidak betul
Ramai antara kita yang lebih mempercayai rawatan resdung yang tidak betul. Teknik lilin, asap-asap dan sebagainya adalah antara contoh yang anda tidak patut lakukan. Ambil ubat yang diberi oleh doktor.
5.Selalu skip temujanji doktor
Apabila jumpa doktor, diberi ubat yang sesuai dengan anda, simptom dan gejala pun berkurang… kemudian hilang. Temujanji dengan doktor pun lupa entah ke mana. Ini pun tidak boleh. Jangan terlepas temu janji bersama doktor. Doktor akan menilai semula gejala yang anda alami dan beri ubat sesuai dengan masalah yang anda sedang alami.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel