≡ Menu

Rawatan Ketuat Dirumah Tanpa Perlu Berjumpa Doktor! Hanya Guna 4 Bahan Di Dalam Rumah Kita


Ramai antara kita yang pernah mengalami masalah ketuat. Ada yang kena di kaki, ada yang kena di tangan. Apa pun, individu yang mengalami masalah ketuat pasti berasa tidak selesa. Mereka sebolehnya ingin menghilangkan penyakit ini serta merta.

Namun, bagi anda yang tidak tahu, ketuat mempunyai ‘akar’. Jika ‘akar’ ini tidak dihapuskan, ia akan membolehkan ketuat tumbuh semula. Berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk menghapuskan ketuat. Semoga bermanfaat untuk anda.

Bahan-bahan:

Apple Cider Vinegar
Inilah bahan utama yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.

BACA:  Polis Selangor Akan Lancarkan Ops Covid-19, Rakyat Perlu Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Kapas
Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Plaster atau Duck Tape
Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

Vaseline
Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindak balas cuka.

Proses Rawatan Ketuat Dari Hari Ke Hari
Hari pertama:
Ketuat kelihatan pucat tapi masih keras.

Hari ketiga:
Inilah akibatnya apabila terlupa menyapukan vaseline pada kulit di sekeliling ketuat. Kulit yang sihat juga akan mengecut akibat tindak balas cuka.

Pada hari ketiga, cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar.

Pada hari pertama dan kedua tiada rasa apa-apa sebab cuka memakan kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi mula terasa pedih.

BACA:  5 Tips Pilih Buah Tembikai Yang Manis! Jangan Tersilap Lagi!

Hari keempat:
Akar ketuat menjadi hitam menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.

Hari keenam:
Ketuat kelihatan seakan tahi lalat.

Hari kelapan:
Ketuat telah pun mati.

Boleh mulakan proses mengopek ketuat dan membuangnya.

Tak perlu pergi jumpa doktor dan bayar mahal-mahal di klinik untuk merawat ketuat. Rawatan boleh dilakukan di rumah dengan bahan-bahan yang sedia ada. Hanya perlu bersabar sedikit untuk menikmati hidup bebas dari ketuat. Kaedah ini sangat efektif kerana ia membunuh ketuat dari akarnya, dan ketuat tidak akan boleh tumbuh kembali.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel