Peluh ialah cecair yang terhasil dari kalenjar peluh yang terdapat pada kulit manusia (mamalia). Manusia dewasa boleh mengeluarkan peluh sehingga 2-4 liter sejam atau 10-14 liter sehari.
Bagi anda yang kerap mengeluarkan peluh semestinya berasa tidak selesa, rimas dan risau akan situasi anda. Keyakinan anda berdepan dengan orang ramai juga jatuh mendadak.
Kawasan seperti leher, bawah lengan, belakang dan dada baju menjadi basah dan berbekas dengan setiap titik peluh yang keluar.Sebilangan daripada anda risau jika peluh anda mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan orang disekeliling anda dan menyebabkan mereka menjauhi diri anda.
Sesetengah daripada peluh juga meninggalkan kesan degil yang tidak dapat ditanggalkan pada pakaian anda dan menyebabkan anda terpaksa membuang pakaian tersebut.
Namun tanpa anda ketahui, Peluh juga memberikan kebaikan kepada anda. Jika seseorang mengeluarkan peluh yang berlebihan, cuba fikirkan berapa banyak manfaat dan kebaikan yang anda akan perolehi.
Kebaikan mengeluarkan peluh
1. Mengurangkan risiko batu karang
Berpeluh adalah cara efektif mengeluarkan benda asing yang terkandung di dalam badan seperti garam dan ia juga dapat mengekalkan kalsium yang berada di dalam tulang anda. Cara ini mengehadkan pengumpulan garam dan kalsium dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh membentuk batu karang.
2. Tidak mudah jatuh sakit
Peluh yang dikeluarkan dapat melawan kuman seperti tuberculosis dan banyak lagi pathogens yang merbahaya kepada imun sistem badan anda. Peluh mengandungi cas positif anti-mikrobi yang melawan virus, bakteria dan kulat. Jadi anda yang kerap berpeluh jauh dari peluang untuk sakit seperti demam, selsema dan sebagainya.
3. Mendetoks badan
Berpeluh juga merupakan salah satu cara efisien untuk mendetokskan badan dengan membuang bahan-bahan alkohol, kolesterol dan garam. Sebagaimana mengeluarkan toksin badan secara semulajadi. Kajian pada tahun 2011 dari journal Archives of Environmental and Contamination Toxicology menjumpai banyak elemen toksik yang dapat dikeluarkan melalui peluh.
4. Antibiotik percuma
Tahukah anda peluh mempunyai kandungan antibiotik yang tinggi setaraf dengan krim anti-bakteria. Jika kulit anda mempunyai sebarang luka atau gigitan serangga, ejen antibiotik dari peluh iaitu dermcidin dapat mengubati dan melawan jangkitan kuman tersebut.
Walaubagaimanapun bukan semua orang dapat menerima keadaan mereka yang berpeluh sebegitu banyak. Ketidakselesaan dan kerisauan tetap akan muncul dalam diri mereka ini. Oleh itu disini juga terdapat beberapa tips bagaimana mengurangkan peluh dari badan anda.
Mandi dengan air sejuk.
Kaedah ini dapat mengurangkan suhu dalaman badan yang secara tidak langsung memperlahankan pengeluaran peluh.
Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam.
Kalenjar peluh akan bekerja dengan lebih kerap jika terdapat lebihan benda asing didalam badan.
Guna produk anti-peluh atau deodoran.
Pakai deodoran juga semasa tidur dan selepas mandi.
Pembuangan bulu ketiak secara laser.
Bulu ketiak yang lebat menyebabkan bahagian bawah lengan mengeluarkan peluh secara berlebihan. Dapatkan pembuangan bulu secara laser bagi mengurangkan peluh malah ia juga mengatasi masalah bau badan.
Pengeluaran peluh sebenarnya adalah berbeza-beza dan ia mengikut faktor keihatan bagi seseorang individu terbabit. Oleh itu, bantu diri anda untuk berusaha sehabis daya untuk mengatasi peluh ini. Dan jika anda terlihat sesiapa yang mengeluarkan peluh yang berlebihan dekatilah dia agar keyakinan dirinya tidak merudum jatuh akibat masalah yang dihadapi seperti ini.
Semoga bermanfaat.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel