≡ Menu

Ramai Yang Tak Tahu Makan Terung Sebenarnya Boleh Mengurangkan Risiko Sakit..


Siapa peminat terung, kita sama geng!

Bila lihat terung, terus terbayangkan goreng tepung, terung sambal, dalca terung dan bermacam-macam lagi. Jangan asyik makan sahaja tapi langsung tak tahu khasiat tersembunyi.

Tahukah, terung kaya dengan nutrien. Ia mengandungi sejumlah besar vitamin, mineral dan serat dalam beberapa kalori. Terung juga mengandungi sedikit nutrien lain seperti niacin, magnesium dan tembaga. Oleh itu, ia membantu dalam penurunan berat badan, memberi manfaat kepada wanita hamil serta banyak lagi.

Jadi, sebaiknya tambah sayuran ini dalam pelan diet anda untuk mendapat manfaat lumayan.

BACA:  Terkini! Remaja Kian Berisiko Menghidapi Masalah Mental

Kaya Dengan Antioksidan
Terung mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Ia membantu melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Malah boleh juga menghalang banyak penyakit kronik seperti jantung dan kanser.

Mengawal Gula Dalam Darah
Terung juga membantu mengekalkan tahap gula anda. Hal ini kerana terung kaya dengan serat, yang melalui saluran sistem penghadaman. Serat boleh menurunkan gula darah dengan melambatkan kadar pencernaan dan penyerapan gula dalam tubuh. Penyerapan yang lebih perlahan akan mengekalkan tahap gula dalam darah dan menghalangnya daripada meningkat.

Penurunan Berat Badan
Terung kaya dengan serat dan mengandungi rendah kalori membuatkan ia sangat sesuai dijadikan diet untuk mengurangkan berat badan. Serat melambatkan proses penghadaman serta membuatkan anda kenyang lebih lama. Jadi, pengambilan makanan akan dapat dikurangkan. Ditambah dengan jumlah kalorinya yang rendah, sayur boleh digantikan dengan makanan tinggi kalori yang lain.

BACA:  10 Kebaikan Minyak Zaitun Yang Dibuktikan Sains! Patut lah Tercatat Dalam Quran!

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Oleh kerana kandungan antioksidan, terung boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Terung mempunyai tahap kolesterol dan trigliserida LDL yang lebih rendah.

Jadi, siapa yang tak makan terung, sebaiknya mula amalkan dari sekarang.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel