≡ Menu

Ramai Tak Tahu, Sel Kanser Alah Dengan Daun Remunggai(Moringa)!


Pasti ramai yang masih lagi belum tahu tentang pokok moringa ini yang turut dikenali dengan berbagai nama di Malaysia seperti rembungai, remunggai, lemunggai, merunggai, gemunggal, murungai, pokok kelor dan beberapa nama lain mengikut tempat. Nama saintifik seperti yang dinyatakan di Wikipedia sebagai daun kelor adalah Moringa Oleifera daripada keluarga Moringaceae.

Kelebihan dan Khasiat Pokok Moringa Oleifera

Khasiat daun moringa dan kacang kelor terbukti terbaik selepas dibuat kajian terperinci.
Apakah yang menarik dengan pokok Moringa ini? Sebenarnya pokok kelor ini sangat menarik dan mempunyai begitu banyak khasiat yang tersendiri dalam perubatan dan kesihatan manusia. Malahan ia juga pernah diiktiraf dan diberi gelaran sebagai Plant of the Year.

Mungkin anda pernah melihat pokok ini di sekitar kawasan rumah anda kerana pokok gemunggal ini sering tumbuh melata di mana-mana sahaja walaupun kawasan tanah yang tidak mempunyai sumber air yang banyak. Di sesetengah tempat pokok ini ditanam secara meluas untuk membuat berbagai jenis ubat dan beberapa produk untuk kesihatan.

Selain menurunkan tekanan darah, khasiat daun kelor untuk kolesterol juga terbukti.
Di negara kita daun, akar dan buah pokok gemunggal ini banyak kegunaannya dijadikan herba perubatan begitu juga kacang kelor yang digunakan dalam masakan seperti sayur goreng, masak lemak cili padi, digoreng bersama telur, kari dan banyak lagi jenis masakan yang dicampurkan dengan daun ini yang mampu menyedapkan masakan itu selain mempunyai kandungan nutrisi yang sangat tinggi.

Perbezaan Moringa Oleifera Segar dan Moringa Kering

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Berikutnya adalah antara khasiat pokok Moringa Oleifera dengan perbezaan daun moringa segar dan juga yang kering seperti yang dikongsikan di laman Facebook.

Daun Moringa Segar

  • Setanding dengan 7 kali Vitamin C yang terdapat pada buah oren.
  • Setanding dengan 4 kali Vitamin A yang terdapat pada lobak merah.
  • Mempunyai 4 kali ganda kalsium yang tinggi seperti yang ada pada susu.
  • Kandungan kalium yang sangat tinggi 3 kali ganda yang terdapat pada pisang.
  • Dua kali ganda mempunyai protein yang banyak seperti Yogurt.
  • Bersamaan dengan 1/4 kali zat besi yang terdapat pada sayur bayam.
BACA:  Makanan Yang Perlu Dielakkan Jika Anak Menghidap Asma.

Di negara Barat, pokok Moringa Oleifera yang diberi jolokan pokok ajaib ini sering digunakan dalam perubatan untuk berbagai jenis penyakit seperti kanser, penyakit kulit, menyembuhkan ulser, kolestrol tinggi, gastrik, menurunkan gula dalam darah, menurunkan tekanan darah dan lain-lain lagi yang kini turut dijual di Malaysia.

Selain itu, daun moringa juga dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijual di sesetengah tempat di negara Barat. Ia juga dijadikan sebagai makanan tambahan dibuat dalam bentuk kapsul atau pun serbuk. Keajaiban ubat herba tradisional yang berasakan moringa telah terbukti kerana permintaannya juga agak tinggi.

Cara Makan atau Pengambilan Moringa

Cara yang paling mudah untuk makan ubat moringa adalah dengan memetik daun-daun segar atau buah dan boleh dimakan secara mentah atau dijadikan sebagai salad dan ulam selain dimasak dengan berbagai jenis masakan mengikut kreativiti masing-masing.

Resepi daun murungai paling mudah dan berkhasiat adalah menjadikan jus segar.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan jika anda ingin memasak daun ini, jika dimasak terlalu lama ia boleh menyebabkan kehilangan nutrien aslinya selepas dipanaskan di atas api dan mendidih terlalu lama. Sebahagian vitamin dari daun moringa ini mungkin akan rosak selepas terdedah kepada bahang kepanasan yang lebih dari 140 darjah F atau pun 60 darjah C.

Anda juga boleh jadikan daun dari pokok Moringa Oleifera ini sebagai serbuk dengan cara menjemurnya dengan meletakkan jaring sebagai langkah kebersihan untuk beberapa hari. Kemudiannya apabila daun kering dan luruh dari ranting, kisarkan supaya menjadi serbuk yang halus. Serbuk tersebut boleh digunakan dalam masakan.

Sebenarnya, masih banyak manfaat dan resepi yang boleh dibuat dengan menggunakan daun ajaib ini, antaranya sebagai minuman jus atau teh daun moringa yang dicampurkan dengan sesudu madu dan minum pasti anda akan merasai kenikmatannya yang tak terhingga.

Resepi Daun Moringa

Pokok atau daun kelor di Malaysia juga dipanggil sebagai murungai atau munggai.
Cara makan daun moringa juga boleh dibuat sebagai kerepek seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Cara-caranya, anda perlu leraikan daun moringa satu persatu dan campurkan dengan adunan tepung yang sangat cair seperti ingin membuat goreng pisang atau cempedak goreng. Kemudian campurkan dengan daun kari, hasilnya sangat sedap dan menyelerakan.

BACA:  Ini Yang Orang Muda Perlu Waspada. Rapat Macam Mana Pun,Bukan Mahram Tetap Bukan Mahram

Atau anda juga boleh goreng begitu saja dengan mencampurkan cili potong atau cili kering digandingkan dengan daun kari dan juga kekacang seperti kacang dal atau kacang tanah. Walau bagaimanapun, goreng kering tanpa sebarang tepung adalah paling sedap.

Moringa Mencegah Kanser

Berikut adalah perkongsian dari Ustaz Nazri yang berkongsi tentang daun pokok Moringa Oleifera ini di Facebook miliknya selepas anaknya meninggal dunia kerana penyakit kanser otak.

Ini pokok moringga. Banyak lagi nama lain orang panggil. Saya kenal pokok ni bila anakanda kena kanser otak. Ada sahabat-sahabat kenalkan dan suruh beri anakanda makan. Namun, barangkali agak terlambat dah masa tu.

Justeru, selepas itu saya terus tanam di belakang rumah. Saya tengok, orang jual kapsul daun ni berharga ratusan ringgit sebotol. Puncanya, pokok ini dikatakan mampu menghalang sel-sel kanser dari terus merebak.

Daunnya boleh dibuat ulam, dimasukkan dalam telur goreng dan lain-lain. Saya tambah satu lagi resepi untuk masukkan dalam sup telur. Fuhhh!! Anak saya yang awal-awalnya tak nak maka, lepas saya bagi cuba daun ni dalam sup, terus diorang makan. Tak cukup tau!

Sup telur yang dimasak bersama daun kelor, sedap katanya.
Jom amalkan daun moringga ini. Mudah-mudahan keluarga kita terhindar dari penyakit nombor satu ini iaitu kanser. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukannya. Tetapi, Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya. Fikir-fikirkan.

Semoga perkongsian tentang khasiat dan kebaikan pokok Moringa Oleifera ini akan membantu anda atau mereka yang masih tercari-cari maklumat atau kelebihan yang ada pada pokok ajaib ini yang mampu merawat berbagai jenis penyakit.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel