
Okla, saya bukan nak cerita mengenai perkataan ini tetapi berkaitan Chia Seeds. Rupa macam biji selasih tapi bukan. Biji selasih ialah Basil Seed. Biji selasih kembang lebih besar bila letak dalam air. Cuaca panas ni minum sirap selasih kan best!
Chia Seed ni diklasifikasikan sebagai Super Food. Ia berasal dari Amerika Selatan. Banyak didapati di Mexico dan Bolivia. Chia bukan perkataan cina. Ia ayat mayan atau aztec dari Amerika Selatan. Antara kandungan Chia Seed ialah antioksidan, proteins, Omega 3, vitamin, fiber dan mineral.
Kelebihan Chia Seed
1. Tingkatkan tenaga
Ia boleh menggantikan energy drinks. Minum air masak bersama Chia Seed yang direndam 15 minit. Boleh minum sepanjang hari atau sebelum dan selepas work out.
2. Baik untuk pesakit kencing manis
Kajian perubatan menunjukkan Chia Seed boleh mengurangkan resistant badan terhadap insulin. Ia juga melambatkan proses karbohidrat ditukar kepada gula.
3. Menguatkan tulang
Bagi yang sudah berumur, kesihatan perlu dititikberatkan terutama bahagian tulang dan gigi. Chia Seed mempunyai lebih kalsium berbanding susu.
4. Kurangkan Risiko Sakit Jantung
Ia ada Omega 3 fatty acids. Terbukti boleh mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Membantu Mengurangkan Berat Badan
Ia ada fiber yang dapat membantu sistem penghadaman.
6. Tinggi Protein
Chia Seed sangat tinggi protein. Diet yang tinggi protein amat bagus untuk kesihatan.
7. Antioksida
Antioksida membaiki sel yang rosak dalam badan, mengurangkan kesan penuaan dan mengurangkan risiko kanser. Chia Seeds senang disediakan. Cuma campur dengan air, yogurt atau boleh dimakan dengan bubur atau nasi.
Semakin ramai online dan offline seller Chia Seed ni. Harganya agak mahal malah ada yang sampai rm40 satu pek kecil. Jenguklah pasaraya berhampiran. Ada dijual disana dengan harga sekitar rm15 sahaja. Ini yang organik. Di Cosway pun ada jual juga.
Cara ambil Chia Seed biasanya ada ditulis di pek atau botol. Biasa dua sudu kecil bagi segelas air

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel