≡ Menu

Rakyat Palestin Tidak Akan Menerima Campur Tangan US dalam Usaha Damai Israel-Palestin


Presiden Palestin; Mahmoud Abbas berkata bahawa rakyat Palestin tidak akan menerima apa-apa peranan Amerika dalam usaha damai di Timur Tengah setelah pengiktirafan Presiden AS Donald Trump mengenai Baitulmaqdis sebagai ibukota Israel. Pengumuman Trump dianggap sebagai “jenayah” dan mengancam kedamaian dunia, kata pemimpin Palestinian pada hari Rabu, dan menyeru Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk merombak segala usaha kearah kedamaian yang telah diusahakan berdekad lama. Amerika Syarikat “tidak layak” untuk memimpin usaha damai ini.

Walaubagaimanapun rakyat Palestin tetap komited untuk berdamai dengan semua pihak tetapi Washington tidak lagi dapat diterima sebagai “perunding adil”, katanya. Tindakan Presiden AS itu telah menimbulkan provokasi terhadap Muslim dan Kristian di masa depan kota suci itu. Beliau menambah bahawa langkah-langkah baru diperlukan untuk melindungi bandar-bandar yang telah dibahagi oleh kedua-dua Israel dan Palestin. Dengan terang, langkah Amerika ini memihak kepada Israel, dan menolak hak rakyat Palestin negeri itu.

BACA:  Nampak Sedap, Tapi Awas! Ini Bahaya Baby Nenas Yang Famous Di Thailand

Abbas bercakap pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang luar biasa di Istanbul. Persidangan yang dihadiri oleh 57 anggota ini dijangka akan memberi kata sepakat dari dunia Islam terhadap tindakan US yang dianggap tidak berasas. Israel telah menggabungkan Baitulmaqdis dalam perang Enam Hari pada tahun 1967, tindakan ini tidak pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pengawalannya tetap menjadi salah satu penghalang kepada perjanjian damai Israel-Palestin.

Seperti harapan presiden sebelum beliau, Trump telah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke sana dari Tel Aviv. Sebelum ini, pentadbiran telah menangguhkan keputusan mengenai isu itu. Tindakan itu dipenuhi dengan kutukan dari masyarakat antarabangsa dan kemarahan di dunia Islam: di Tebing Barat dan Gaza, empat orang Palestin terbunuh dalam pertempuran dan protes telah berlaku di seluruh dunia selama beberapa hari.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

AS telah berusaha untuk berunding semula antara Israel dan Palestin sejak Trump mengambil alih tugas sebagai Presiden AS. Usaha ini dapat dijayakan dengan bantuan sekutunya, Arab Saudi. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini terdapat tekanan terhadap kepimpinan Palestin dari Riyadh dan Washington untuk menerima syarat-syarat perjanjian damai. Namun Ianya tidak disifatkan tidak adil dan ditolak oleh palestin. Rangka tindakan itu difahami mengandungi langkah-langkah yang membawa kepada dua penyelesaian negara, tetapi tanpa hak untuk kembali kepada pelarian Palestin atau kedaulatan penuh.

BACA:  10 Fakta Tentang Pengambilan Jamu Ketika Hamil. No. 10 Membuat kan Anda Fikir 2 Kali!

Sumber: Independent

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel