≡ Menu

Rahsia Disebalik Menggeliat! Patutlah Badan Rasa Relaks Lepas Menggeliat!


 

Pernah tak bila setiap kali menggeliat, tubuh kamu akan berasa lega dan ternyata lebih relaks dan puas?!

Ini kerana menurut pemahaman ilmu fisiologi, terdapat alasan tertentu mengapa seseorang akan merasa lega sebaik mengeliat atau melakukan regangan.

Mengikut penjelasan saintifik, tubuh sebenarnya mengalami satu perubahan dari fasa tidur ke fasa terjaga. Menggeliat sebaik bangun dari tidur umpamanya adalah tindakan spontan yang tidak dikawal di mana, ianya berlaku bagi mempersiap tubuh untuk mula beroperasi sebagai makhluk yang bernyawa.

Sebagai contoh, tubuh badan seseorang manusia misalnya menjadi kaku sepanjang waktu lena justeru, tubuh secara semula jadinya akan merasa untuk bergerak-gerak sebaik terjaga kelak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Legakan Ketegangan Otot
Berpandukan penulisan ilmiah penulis sains, Luis Villazon, menerusi sebuah artikelnya yang diterbitkan dalam Science Focus, apabila keadaan tubuh sudah terlalu kaku (tidak bergerak dalam tempoh yang lama), keadaan sendi dan otot akan kehilangan cecair jenis sinova -yang kemudian mengalirkan cecair berkenaan ke bahagian belakang badan.

BACA:  Covid-19: Indonesia Halang Kemasukan Pelawat Asing Mulai Esok

Bantu Aktifkan Cecair Sinova
Untuk itu, menggeliat sebenarnya membantu untuk menarik kembali cecair itu agar ia boleh memenuhi kembali ruang antara otot agar bisa melancarkan pergerakan sekaligus megurangkan geselan pada bahagian-bahagian ligamen terlibat.

Mampu Hilangkan Stress Juga
Apabila seseorang manusia itu dibelenggu masalah atau sedang dalam keadaan marah, booleh kata keseluruhan otot dan sendinya tegang belaka. Untuk meredakan keadaan emosi diri, kamu sebenarnya boleh lakukan beberapa siri regangan termasuklah menggeliat secara ringkas. Tak percaya? Cubalah… 🙂

BACA:  Pesakit Kencing Manis Sepatutnya Dahulukan Makan Sayur Sebelum Makan Nasi

Sekarang dah faham kenapa setiap kali mengeliat tubuh kerana terasa lega dan puas? Maka, menggeliat sebenarnya punyai faedah tersendiri biarpun ia kelihatan seperti perlakuan yang klise.

Sebaiknya mengeliatlah di waktu pagi selepas bangun dari tidur kerana ianya mampu menjanjikan perubahan positif dalam perlakuan kamu sepanjang hari itu.

Selamat beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel