“Untuk pastikan kosmetik & suplemen kesihatan anda berkesan, anda kena cuci usus guna produk kami dulu”
Jelas ini satu usaha tipu kuasa dua. Dia nak jual produk kosmetik dan supplemen kesihatan dah banyak sangat persaingan, maka dia pun terfikir idea najis tatkala melepaskan kerak2 ususnya ke dalam jamban iaitu menghasilkan satu produk cuci usus!
Kononnya sebahagian orang tak dapat hasil yang diinginkan melalui produk kosmetik dan supplemen bukan kerana produk itu tak bagus, tapi kerana usus mereka kotor tak dapat nak serap nutrien. Maka terciptalah produk cuci usus yang bersimbiosis dengan produk-produk lain. Tak perlu nak bersaing dengan founder lain!
Kalau anda pernah lihat prosedur colonoscopy iaitu memasukkan sesalur kamera ke dalam dubur hingga ke usus besar, anda pasti tahu peniaga ini menggunakan mitos untuk memasarkan produk. Mereka menggunakan gambar usus besar yang tidak “prep” dengan baik sebelum prosedur colonoscopy berbanding usus besar yang telah “prep” dengan baik.
Tiada kerak usus yang terhasil, dan makanan yang anda makan bertahun2 lepas takkan bersembunyi dalam usus sebagai kerak! Usus mempunyai mekanisme hebat ciptaan Tuhan untuk membersihkan sendiri diri mereka. Jika anda mempunyai simptom berkaitan usus, jumpa doktor untuk pemeriksaan, dan jika perlu, colonoscopy untuk lihat secara terus akan dibuat.
Makan produk cuci usus yang berbayar terus terberak2 kononnya itulah kerak usus yang keluar. Cuba makan makanan basi yang free of charge, agak2 terberak2 sampai keluar kerak ke tak? Pastu MC terus sihat 😄
Mohd Fadhli Mohd Fauzi
07 Februari 2018
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel