Ramai orang mengalami masalah tumit merekah namun membiarkan sahaja sehingga ia menjadi lebih teruk lagi. Sebenarnya masalah tersebut anda perlu merawat semasa ianya diperingkat awal lagi. Namun jangan bimbang walau agak terlewat kerana kita ada 6 petua merawat tumit merekah tanpa memerlukan modal yang besar.
CARA MERAWAT TUMIT MEREKAH
Tumit merekah mendatangkan tidak selesa terutama ketika hendak mengenakan stokin ataupun ketika menggunakan selimut.
Untuk merawatnya anda tidak perlu berhabis. Cukup dengan apa yaang ada didapur rumah anda sahaja. Anda hanya perlu menggunakan bahan-bahan yang dinyatakan di bawah ini sahaja.
Bawang Merah atau Bawang Putih
Anda hanya perlu belah dua sahaja. Kemudian sapukan getah bawang tersebut pada tumit kaki yang merekah. Biarkan sehingga getah bawang itu kering. Amalkan petua ini sehingga menampakkan perubahan. Jangan buat sekali sahaja lepas tu salahkan bawang.
Asam Jawa
Sapu rata pes asam jawa di tumitm kaki anda. Rendamkan kaki ke dalam air suam yang dicampur dengan garam. Amalkan selalu sehingga menampakkan perubahan.
Maukkan air sejuk yang bercampur dengan beberapa sudu cuka makan ke dalam bekas yang boleh memuatkan kaki anda. Rendamkan kaki anda antara 10 ke 15 minit. Amalkan setiap hari sehingga menampakkan perubahan.
Belimbing Buluh
Dapatkan buah belimbing buluh. Gosokkan pada tumit setiap kali anda mahu mandi. Biarkan seketika dan gosokkan dengan kain untuk menghilangkan kulit kasar. Amalkan sehingga menampakkan perubahan.
Betik Muda
Dapatkan betik muda dan ambil getahnya. Gosokkan getahnya pada tumit anda yang bermasalah. Biarkan kering selama 10 minit kemudian bilas dengan air. Amalkan dua kali seminggu.
Minyak Zaitun
Sapukan minyak zaitun pada tumit yang bermasalah. Minyak ini akan meresap ke dalam kulit kaki dan membantu meningkatkan kelembapan serta merawat rekahan pada tumit. Anda juga boleh dunakan minyak kelapa dan minyak badam.
Itulah 6 petua merawat tumit merekah yang perlu anda amalkan. Mana tahu ianya mampu membantu anda. Pilihlah satu daripada enam petua di atas yang mana anda rasa memudahkan anda. Insya Allah ianya membantu anda.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel