≡ Menu

Petua Merawat Rabun. Insya’Allah Boleh Dirawat Dengan Hanya 3 Petua Ini


 

Masalah mata rabun mungkin salah satu masalah kesihatan yang kerap melanda rakyat Malaysia khususnya. Deria lihat yan terjejas menyebabkan aktiviti seharian boleh terjejas.

Keinginan anda untuk membaca, menonton atau berbual dengan teman mungkin terbatas sekaligus boleh menjejaskan mood anda pada hari tersebut.

Selain melalui rawatan medikal, terdapat juga petua yang boleh anda amalkan sebagai rawatan alternatif bagi memastikan fungsi mata anda sentiasa pada tahap optimun.

Jom baca perkongsian yang di bawah. Semoga bermanfaat.

Masalah rabun tidak kira jauh, dekat atau silau sememangnya akan mengganggu individu yang mengalaminya. Antara cara penyelesaian yang selalu digunakan adalah memakai kaca mata atau kanta lekap.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Namun begitu, ada juga cara penyelesaian yang lain seperti rawatan surgeri laser seperti LASIK atau PRK yang memang akan menbuahkan hasil tetapi memakan kos yang sangat tinggi.

Disebabkan itu, anda mesti tertanya-tanya adakah terdapat petua merawat mata rabun dengan sendiri di rumah? Jawapannya, ya. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

1. Amalkan pemakanan yang baik
Paling penting, pelihara mata anda melalui pemakanan. Ini kerana mata memerlukan beberapa nutrien tertentu untuk dapat berfungsi sepenuhnya.

BACA:  Gajet Bukan Solution Untuk Buat Anak Leka Bermain. Ini 4 Alternatif Yang Lebih Efektif!!

Antara nutrien yang anda perlukan untuk mendapatkan sepasang mata yang sihat adalah protein, kalsium, zink, antioksidan, asid lemak omega-3, lutein dan zeaxanthin. Berikut pula adalah contoh sajian yang baik untuk mata:

Sayur-sayuran hijau berdaun: Ia merupakan sumber lutein dan zexanthin semula jadi yang turut mengandungi serat, mineral dan pelbagai jenis vitamin.

Buah-buahan sitrus dan beri: Ia sangat kaya dengan vitamin C.

Kekacang: Sebagai contoh, kacang badam merupakan sumber vitamin E yang sangat tinggi.

Ikan: Salmon, tuna, ikan bilis dan ikan kembung sangat kaya dengan DHA.

Telur: Bahagian kuning telur juga adalah sumber lutein dan zeaxanthin.

2. Lakukan senaman mata
Selain pemakanan, anda juga perlu mengamalkan senaman mata yang ringkas bagi mengekalkan tahap penglihatan yang optimal. Lakukannya sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa. Caranya adalah seperti berikut:

Tekapkan tapak tangan anda pada kedua belah mata dalam keadaan mata tertutup selama beberapa saat.
Pusingkan bebola mata anda dengan memandang ke atas, ke bawah dan putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.

BACA:  Letih Nak Menjawab Anak Banyak Soalan! Ini Sebabnya Kenapa Ibu Bapa Perlu Ambil Serious Soalan Anak

Fokuskan pandangan mata anda terhadap sesuatu benda pegun. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan sebatang pen, dekatkan dan jauhkan ia beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.

Urutkan dahi anda. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening, bawah mata dan sisi hidung.

Akhir sekali, sandarkan badan anda, pejamkan mata, rehat dan relaks selama beberapa minit.

3. Dapatkan waktu rehat untuk mata
Seperti anggota badan yang lain, badan anda juga memerlukan rehat. Ia sangat penting terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di pejabat atau di sekolah.

Oleh itu, pastikan anda peruntukan waktu rehat untuk mata yang mencukupi. Alihkan pandangan anda sekurang-kurang 1 jam ke arah pemandangan yang menenangkan untuk merelakskan mata.

Ketika malam pula, pastikan anda meluangkan masa untuk tidur dengan sebaiknya iaitu sekitar 8 jam setiap hari.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel