Ia mungkin akan mengecewakan sekiranya anda tahu bahawa bayi anda menghadap arah yang salah ketika dalam kandungan. Tetapi, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ia tidak semestinya menjalani pembedahan Caesarean kelak.
Apakah itu kelahiran songsang?
Kelahiran songsang adalah apabila punggung atau kaki bayi anda keluar melalui bukaan rahim anda bertentangan dengan kebiasaan di mana ia sepatutnya didahului dengan kepala. Terdapat beberapa jenis posisi songsang :
• Jelas – punggung di bawah dan kaki terbengkok / tertletak di hadapan muka.
• Penuh – bayi anda duduk bersila.
• Ringan – satu atau dua lutut / kaki bayi anda berada pada kedudukan paling dekat dengan bukaan rahim.
Memusingkan bayi anda
Sekiranya awal-awal lagi anda telah mendapati bahawa bayi anda berkedudukan songsang, anda mungkin boleh mengembalikan bayi anda kepada kedudukan normal. Pakar obstetrik akan cuba untuk memusingkan posisi bayi anda supaya kepalanya berada di bahagian bawah pada minggu ke 37-40. Proses ini digelar external cephalic version (ECV), dan ia melibatkan teknik-teknik menekan abdomen oleh pakar obstetrik anda. Teknik ini biasanya berkesan dalam dua pertiga kes, walau bagaimanapun ia kurang berjaya dalam kelahiran pertama.
Perkara untuk dicuba di rumah
Terdapat beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah:
1. Luangkan banyak masa dalam posisi merangkak. Dengan melakukan aktiviti ini, graviti akan menarik kepala bayi ke bawah. Bacalah majalah atau suratkhabar dalam posisi merangkak setiap hari.
2. Gerakan lembut ke hadapan. Pergerakan ini dapat melebarkan bukaan pelvik dan membantu bayi anda berpusing.
3. Papan pengalas seterika. Berbaring di atas papan atau papan pengalas seterika yang diletakkan pada sudut 45 darjah, kepala di bahagian bawah dan lutut dibengkokkan selama 15 minit. Lakukan tiga kali sehari. Graviti akan menggalakkan pergerakan bayi anda terhadap bahagian atas uterus dan berpusing ke bawah.
4. Panas dan sejuk. Letakkan pek ais pada bahagian atas uterus anda dan letakkan pula pek yang berisi air suam di bahagian bawah. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.
5. Menyanyi dan bercakap. Rakamkan suara anda menyanyi dan bercakap kepada bayi anda. Mainkan ia berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi anda untuk bergerak mendekati suara anda.
Sekiranya anda telah mencuba kesemua teknik di atas dan masih tidak berhasil membetulkan posisi bayi anda, kemungkinan besar anda akan ditawarkan untuk melahirkan bayi anda melalui pembedahan Caesarean.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel