≡ Menu

Petua Memilih Jenis Roti Semasa Berdiet. Patutlah Banyak Jenis Roti Ada Di Pasaran!!


Dalam entri kali ini, kami mahu mengajar anda tentang apa yang patut anda semua perlu ambil tahu ketika memilih roti sewaktu anda semua dalam program diet. Anda nak diet, kenalah ade ilmu ye rakan-rakan.

1.Tinggi serat

Pertama, serat. Roti gandum penuh sepatutnya mempunyai lebih banyak serat tak larut yang tidak mampu memegang air. Sifat ini antara penyebab mengapa serat tak larut mampu bergerak dengan lebih pantas dalam usus manusia dan kelebihan ini berguna buat manusia dalam mencegah sembelit.

Selain itu, pengambilan serat tak larut turut dikatakan mampu mengawal paras glukosa darah.Seperti yang diberitahu sebelum ini, untuk memilih roti yang betul-betul berbaloi dan mengenyangkan, pastikan nilai serat per 100g roti tersebut tinggi.

BACA:  ‘Duit tinggal RM50, tapi isteri ajak makan siakap dan aku ikutkan je’ – Apa yang terjadi selepas itu buat lelaki ini percaya isterinya pembawa rezeki

Pastikan anda bandingkan kriteria ini ketika memilih roti untuk dibeli.

2.Vitamin dan mineral

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kedua, vitamin dan mineral. Roti gandum penuh mengandungi vitamin dan mineral yang mana sebahagian besar terikat pada selaput fiber/bran gandum berkenaan.

Menariknya, inilah komponen yang meningkatkan kandungan serat sesebuah roti, dan ia tiada dalam tepung gandum biasa (ramuan asas roti putih).

Anda boleh semak kehadiran vitamin dan mineral ini pada label pemakanan produk roti berkenaan.

3.Warna

Sebaiknya pilih roti yang berwarna gelap. Lebih gelap warna roti tu lebih bagus.-Gelap di sini disebabkan oleh komponen endosperm dan bran yang terdapat pada gandum berkenaan, yang mana secara ‘automatik’ memastikan anda mendapat terus manfaat serat, vitamin dan mineral, tanpa perlu anda memikirkannya.

Biasanya, roti gandum penuh berwarna lebih gelap dari roti putih.

4.Inulin dan polydextrose

Keempat, Inulin dan polydextrose. Membaca maklumat pemakanan semata-mata untuk menyemak kandungan serat masih tidak mencukupi. Ini kerana pengeluar roti juga kadangkala mempertingkat kandungan serat roti berkenaan dengan penambah makanan (aditif) seperti Inulin dan Polydextrose.

Inulin adalah aditif yang OK, tetapi polydextrose mungkin perlu dipertimbangkan kerana dihasilkan secara sintetik (bukan semulajadi).

5.Multi-grains dan rasa kenyang

Multi-grains dan rasa kenyang. Multi grains membekalkan anda kedua-dua komponen serat larut dan tak larut.

Serat larut tidak sama seperti serat tak larut yang saya sebut sebelum ini, kerana serat larut boleh memegang air dan membentuk ‘gel’, justeru sifat ini akan memperlahankan pergerakan makanan dalam usus.

Hal ini sekaligus membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel