≡ Menu

Petua Awet Muda Menurut Islam


Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri . Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam. Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga. Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya. Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi. Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.

BACA:  Awas! Ini Mungkin Terjadi Kepada Anak Anda Yang Leka Bermain Tik Tok

Tanya pada diri anda:

sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda? Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita? Oleh itu artikel ini akan menyenaraikan beberapa amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting
Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur. Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit. Mengurut wajah dari bawah dengan selawat . Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari. Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

sumber: akuislam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel