≡ Menu

Perut Kerap Angin? Ini Tips Untuk Mengurangkannya


Mengaku sahaja kalau anda seorang yang kerap mengeluarkan angin dan kadangkala tidak boleh dikawal. Kalau nak ikutkan tidak pula ada masalah sakit perut dan angin yang keluar pun tidak berbau. Jangan risau ini adalah perkara normal yang berlaku pada sesiapa sahaja. Ada ketika kita akan kerap kentut dan ada masanya tiada langsung.

Kentut juga salah satu proses penghadaman dan cara untuk mengeluarkan angin dari dalam badan. Angin atau gas yang terkandung dalam badan ialah terjadi semasa makan atau minum. Gas-gas lain pula dari pencernaan yang berlaku.

Kalau anda ingin stop terus dari kentut, itu sangat mustahil! Apa yang boleh anda lakukan ialah hanya mengurangkan ia sahaja. Jadi pada pembaca Wanista yang sentiasa angkat punggung untuk kentut, cuba tips dibawah ini. Mana tahu dah boleh kurang sikit irama angin ~

BACA:  Mulut Berbau, Awas, Risiko Untuk Anda Terkena Serangan Jantung Amat Tinggi!

Makan dengan perlahan
Kunyah makanan dengan cermat dan perlahan-lahan. Cuba tukar tabiat mengunyah makanan anda yang cepat itu kerana ia dipercayai membawa masuk lebih banyak angin. Sama juga elakkan makan ketika berjalan atau membawa kenderaan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kurangkan minuman soda
Air berkarbonat, soda atau dikenali sebagai air gas sudah terang lagi bersuluh mempunyai kandungan gas. Jauhkan diri anda dari minuman sebegini dan gantikan dengan air putih, teh atau jus bebas gula.

Buang air besar
Ikhtiar untuk tidak lagi sembelit kerana najis yang terlalu lama didalam usus boleh menghasilkan gas yang berbau. Anda bukan sahaja merasa tidak selesa malah akan mengalami buang angin yang busuk! Perbanyakkan minum air putih dan lebihkan makan buah dan sayuran.

Tingkatkan aktiviti fizikal
Rajinkan diri untuk sekurang-kurang bersenam tiga kali sehari. Ia membantu proses percernaan lebih cepat dan efektif. Ketika anda bersenam juga boleh mengeluarkan angin lebihan dalam perut. Selepas makan anda boleh berjalan perlahan untuk membantu penghadaman.

Selamat beramal dan kurangkan angin ya!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel