≡ Menu

Perokok !!! Sila bunuh diri anda seorang sahaja jangan libatkan orang lain!


Sila bunuh diri anda seorang sahaja jangan libatkan orang lain!
Ps: post ini adalah dari pengalaman sol sendiri spnjg karier sol sbg jururawat. Bukn direka utk sengaja menakutkan tapi sebagai tnda syg saya pd shbt2 saya dan juga keluarga bahagia mereka.

Hai korang, janganla awal2 baca da kecam sol tengok tajuk mesti da ckp ko dah kenapa sol, nak suruh orang bunuh diri pula. Ok2 jangan marah, cool down cool down. Sebenarnya ini dituju kepada perokok tegar yg tidak beradab dan akal pendek.

Sol minta maaf awal2 sebab post ni memang agak panjang. Sebab dah lama sgt ni sol pendam, sejak menjak ni rasa geram pula dan sol perlu share dgn org ramai, xmengubah semua org tapi sekurgnya dpt menginsafkan dua tiga org dan dpt selamatkan isteri dan anak2 mereka sol sgt bersyukur.

Kisah pertama.
Sol mula kerja tahun 2011, lepas grad terus keje dgn IJN di ICU maksudnya tugas sol lebih pada menjaga pesakit yg post operation, especially post bypass jantung, post repair injap jantung atau ganti injap jantung. Itu kes2 yg akan selalu dijumpa di ICU IJN. Semua patient post op ni mostly memang akan balik dgn chest drain. (pada yang xtahu, sol ada kempilkan gmbar mcm mana chest drain tu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sekiranya pesakit xde masalah dan xde isu, keesokannya tiub itu akan dicabut dan patient boleh pindah ke wad biasa. Tapi seorg pakcik ni, selepas operation alami bbrp komplikasi, nak wean ventilator pun susah maksudnya nak turunkan setting mesin bantuan pernafasan xboleh2.

Akhirnya seminggu jugala pakcik ni di icu, masalah lain tiada, semua stable tapi pakcik ni masih memerlukan tiub bantuan pernafasan, bila dicabut dgn arahan doktor, patient ni xmampu bertahan 24 jam, malamnya terpaksa dimasukkan balik tiub bantuan pernafasan, tiub di dada juga dimasukkan balik oleh doktor di sebabkan ada pengumpulan darah atau dipggil pleural

effusion sedangkan sebelum ni xray tnjukkan lung clear dan tiub di dada dah dicabut seminggu yg lepas.vAkhirnya slps hampir sebulan setgh, pakcik tu mampu juga bernafas sendiri tapi masih dibantu dgn bantuan pernafasan bipap mask yg dipasang pd muka untuk memaksa pesakit bernafas dan memgembangkan paru2.

Semua tahu punca patient ni mengalami komplikasi ni kenapa. Perokok tegar, sehari 3 kotak wajib untuk dihabiskn, even tiga hari sebelum operation masih belum berhenti merokok.
Pagi tu sol jaga pakcik ni, tengok muka pakcik yg sugul, sol mulakan kata2 supaya pakcik ni xgive up dan xputus harapan.

Sol : pakcik, awat masam sgt ja muka rini. Misi yg xcomei jaga rini tu ka pakcik masam cuka.
Patient : dok aih.. Mengenang nasib
Sol : kenang nasib apa nya pakcik oii. Kenang nasib nk kna buli ngan saya buat spirometry ka pakcik.,hahahaha

Patient : taklahh. Misi sini suma baik2. Jaga pakcik bagus. Pakcik dok tingat bnda lain. Kalaula pakcik xmerokok dulu mesti pakcik balik rumah dh skrg ni. Ngadap sakit nya la hai tiub dada ni, pakcik rasa nak separuh mati bila cabut. Ni masuk balik.. Pakcik dok kenang nk cabut nanti ni.,

Sol: pakcik jgn ckp mcm tu, proses nak sembuh ni, lain org lain rezeki dia. Yg pnting pakcik kena kuat ja. Dgr ckp misi ngan dr, inshaallah pakcik boleh balik rumah gak
Patient : pakcik igt, anak pakcik mai nanti pakcik nak habaq suh benti merokok, pakcik xsggup tgok anak2 pakcik harung sakit macam ni juga.
So, korang pk sendiri ok, azab sgt tau kesan merokok ni.

BACA:  Bahayakah Minum Air Yang Direbus Semula? Baca Selanjutnya

Kisah kedua
Ni perkongsian dr kawan sol yg bekerja di hosp gomen di bahagian kanak2.
Kami jumpa di mall. Makan2 pastu sembang2. Nama dia dirahsiakn. Dia low profile sikit. Sol pggil dia M bukn nm sebenar.

Sol : syokla wey hg keje kat paed, xgaduh sakit belakang. Hahaha
M: memangla xsakit belakang sol tapi sakit jiwa tau ngadap keluarga budak2 yg aku xtau nak kategorikan sbg apa. Nak kata xeducated, mak ayah degree. Nak kata xdak ilmu, sibuk pertikai doc xbg best treatment, bila dr xplain, slhkan hosp plak.

Sol : laaaa. Pulak dah. Pasaipa wey.
M : ada budak umo baru 4 bulan sol, keluar masuk wad kami dkt 5 kli dah. ni duk icu dah kena ventilator( bantuan pernafasan)
Sol: huish, sakit apa wey. Kesiannya. Aku bab budak pakai ventilator ni xsggup wey, duk nmpk anak aku ja. Tu aku xleh duk paed

M: pneumonia sol. ( jangkitan paru-paru)
Sol : aik.. Dah admit, on antibiotik kuar pun masuk blk ka. Asthmatic gak ka.
M : ni bukan slah treatment ka apa sol. Ni slh bapa dia yg ego tinggi.
Sol : aku rasa aku tau sbb apa.

M :sbb apa g, sbb rokoklaaa sol oi. Kali ketiga budak tu masuk, dr sampai jmpa bapa dia bg nasihat tapi xleh terima. Kata bukan rokok la, dia ckp dia hisap jauhla, dia ckp dia basuh tgn dulu la sblom dekt ngan ank dia. Tapi dia xtau bau asap yg melekat kat bdn dia tu masih anak dia boleh hidu. Aku tgok bini dia pun duk batuk2 xsht2 wey. Risau aku tgok anak bini dia

Sol : aduii. Payahla org yg xleh terima nasihat ni. Xpk org lain, pk ketagih dia ja.
M : setiap kali dia mai ward sebelum anak dia masuk icu, dia lalu tepi kami ja mmg bau rokok kuat gila. Doktor pun xtau nk ckp apa dah, smpai dr ckp, u xbenti, u akan lihat anak u mati di sbbkan keslhn u sndri, masa tu jgn nyesal. Bini dia nangis2 kot bila dr ckp mcn tu, mrh laki dia. Tapi dia buat kejung dia jaa.

Sol : kesian sgt anak bini dia wey
M: betol sol. Anak dia collapsed kat wad htr p icu. Masa tu baru aku nmpk ayah dia tu mcm muka cuak dah masa kami resus. Bini dia duk meraung da duk ckp ni semua slah awak. Duk ulang2, sister kitorang p tenangkan bini dia. Intubate( bantuan pernafasan, tiub masuk teruk melalui saluran pernafasan) terus anak dia

Sol : ya Allah, hrp2 laki dia tu berubahlah, kesian kat anak2 hat lain.
M : depa ank sorang tu je sol, bini dia gugur 4 kali sebelum nk dpt yg ni.
Sol : tingginya dugaan depa wey. Ka anak dia mmg ada mslh dr lahir kot M
M : xsol semua ok, sempurna ja. Start sebulan stgh anak dia masuk wad sbb chesty(kahak pekat) sgt kahak dia. Sebelum discaj da clear pastu masuk blk smggu pas tu. Pastu keluar masuk smpai la budak tu 4 bln. Kalaula org tahu realiti sakitnya kesan rokok tu mesti dyorg pun xpernah terpk pun nk cuba2.

BACA:  Sia-sia Hidup Kalau Membunuh Diri. Ketahui Cara Atasi Keinginan Membunuh Diri

Fakta : orang yang merokok, walaupun korang xmerokok depan anak2 tapi bau2 yg melekat pd korang, baju, tangan, mulut masih boleh beri kesab pd org sekeliling terutama golongan org yg imuniti rendah cthnya kanak2, ibu mengandung, org tua, dan pesakit kanser. Tolonglaa berpk dgn lebih dalam kalau lepas baca ni korang masih nak merokok.

Kisah ketiga
Kisah ni perkongsian dr doktor onkologi yg sol kenal. Sol sembang2 dgn dia pasal patient lain sekali dia timbul cerita ni.

Dr S : Baru- baru ni patient saya meninggal di GH, muda lagi.
Sol : yeke dr. Dia kes apa dr.
Dr S : lung CA dpt detect awal dah tapi xsmpat treatment, da metastasis da ( merebak)

Sol : uish, lung CA xkan mula2 simptom xperasan kot kan dr.
Dr S : Dia tau masa tu stage awal lagi. Tapi abang2 n ayah dia denial. Depa kata ni kes buatan org pdhal result mmg da positif cancer. Dr jenuh explainkt ayah n bg2 dia tapi semu berkeras nk bw balik try alternatif dulu. Si adik bongsu ni serba salah, ikutkan lah ayah dan abang2 dia.

Sol : aik, yg adik xkan xpertegak keputusan dia sendiri
Dr S : patient tu perempuan, solehah. Anak bongsu dan satunya perempuan dlm keluarga. Masa saya clerk kes dia, memang dia gtau kbykn keputusan dia dipengaruhi ayah dan abg dia. Pape kena tanya dyorg dlu

Sol : tapi dr, peliknya, dr mana dpt lung CA, di smoker ke.
Dr S : bukan dia tapi org sekeliling dia. Ayah dia, abg dia, tunang dia mostly perokok tegar.
Sol : ni yang sedih ni dr. Xpasal2 kesannya dia yg kena.
Dr S : tulah. Bila dah treatment kampung xberhasil baru nk dtg hosp blk, Masa tu adk depa da teruk sgt da.
Sol : kesiannya. Jadi mngsa keadaan dah budak tu.

Bagi perokok memng dyorg rasa dyorg sihat ja, xsakit apa2 pun bile merokok. Bila tanya ada mslh kesihatan x, dijawab dgn bangga tiada selagi masih merokok tapi dyorg xtahu kesannya adalah pd org sekeliling.

Kadang ada juga yg xfhm bhs, dalam restoran, kedai makan ke, sebelah ada kanak2 dan org tua boleh lagi tiup asap berkepul2 tanpa rs bersalah. Bila ditegur, boleh pula dimarah balik, hellooo cik abg, setiap org berhak utk dapat udara yg bersih ye. Kalau jenis macam ni sol jmpa, tang tu juga sol siram ayaq pastu spray dia dgn perfume sol. Ok, itu tipu. Sol masih ada adab. Xperlu sol nak jadi sama mcm dyorg. Huh ☹️☹️. Sol akan bangun ajak laki n bw anak2 pergi kedai lain.

Kalau nak dikira, banyak lagi cerita sol nak share tapi cukupla yg ni dulu. Ini bukan rekaan, tapi memang dr pengalaman sol sendiri.

Tag suami, abang, ayah atau sedara mara korang yang korang syg supaya dieorg sedar kesan merokok ni pd dieorg dan juga org sekeliling dieorg.

Sumber : Nor Solehah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel