≡ Menu

Peristiwa Ini Membuktikan Al-Quran Adalah Firman Allah, Bukan Kata-Kata Nabi Muhammad


Pada awal perkahwinan antara Zayd bin Harithah dan Zaynab bin Jahys, ia tidak dipersetujui oleh Zaynab kerana nasab dan statusnya yang sangat berbeza berbanding Zayd.

Namun oleh kerana ia adalah arahan Allah, Zaynab menerimanya tanpa soal. Dari sudut kemanusiaan, perkahwinan ini sangat bagus bagi menunjukkan kesamaratan darjat antara manusia.

Apa yang dinilai secara adil oleh Allah adalah iman, amal soleh dan taqwa. Allah menegaskan tiada pilihan bagi manusia menolak kehendak Allah dan RasulNya:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada untuk hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. Surah al-Ahzab 33:36

Panggilan “orang lelaki dan wanita beriman” jelas menunjukkan ketinggian nilai orang beriman berbanding Muslim. Hanya orang beriman (seperti Zaynab) yang mampu mematuhi kehendak Allah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Setelah perkahwinan berlangsung, keserasian antara Zayd dan Zaynab sukar terjalin, lalu Zayd meminta izin untuk menceraikan Zaynab sehingga menyebabkan turunnya ayat ini (Sahih al-Bukhari):

وَإِذْ تَقُولُ لِلَّذِي أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَنْعَمْتَ عَلَيْهِ أَمْسِكْ عَلَيْكَ زَوْجَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ وَتُخْفِي فِي نَفْسِكَ مَا اللَّهُ مُبْدِيهِ وَتَخْشَى النَّاسَ وَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَاهُ فَلَمَّا قَضَى زَيْدٌ مِنْهَا وَطَرًا زَوَّجْنَاكَهَا لِكَيْ لَا يَكُونَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ حَرَجٌ فِي أَزْوَاجِ أَدْعِيَائِهِمْ إِذَا قَضَوْا مِنْهُنَّ وَطَرًا وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ مَفْعُولًا
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu (Zaynab) itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku. Surah al-Ahzab 33:37

Persoalan yang timbul dari ayat ini adalah apakah maksud perkataan “Sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya)”.

Rupanya Rasulullah SAW memang mengetahui sejak awal bahawa tujuan arahan kahwin antara Zayd dan Zaynab adalah untuk membatalkan adat Jahiliah yang mengharamkan ayah angkat berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya (Tafsir Ibn Kathir).

Rasulullah menyembunyikan perkara ini kerana bimbangkan celaan masyarakat Arab sedang itu adalah arahan Allah yang perlu dilaksanakan.

Walaupun berat, Rasulullah tetap menyampaikan ayat ini yang mengandungi pernyataan isi hatinya yang agak kekok.

Jika al-Quran ini bukan datangnya dari Allah atau ia ciptaan Rasulullah SAW semata, sudah pasti baginda akan memotong bahagian “rasa kekok” dalam ayat ini.

Maha Suci Allah yang mengutus Rasulullah SAW yang sangat amanah menyampaikan al-Quran walaupun ayat yang disampaikan itu seakan menegur baginda sendiri. Inilah antara maksud firman Allah yang menyatakan sifat amanah baginda:

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Wahai rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), Maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. Surah al-Ma’idah 5:67

Juga firmanNya:

(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan, – Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, – Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta); Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya Surah al-Haqqah 69:43-47

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel