≡ Menu

Percaya Zodiak Kelahiran, Mufti Beri Amaran Keras Tentang Amalan Ini!


Horoskop atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan dan planet.

Perkataan horoskop sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘melihat jam.’ Jadi untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui.

Tarikh itu pula akan jatuh pada satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capricorn, Aquarius dan Pisces.

Menurut ilmu astrologi, ramalan nasib adalah berdasarkan bintang. Ini disebabkan setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu.

Mesti ramai di antara kita yang sudah biasa mendengar mengenai lambang zodiak ini bukan? Ada yang berkongsikan dan mempercayai ramalan yang diberikan mengikut lambang zodiak ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Namun, timbul satu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang netizen kepada Twitter Mufti Wilayah, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung isu ini.

Apakah hukum bagi orang yang membaca tentang astrological sign/zodiac dan mempercayainya?

Assalamualaikum @drzul_albakri . Jika tidak keberatan, saya ingin bertanya kepada tuan mufti. Apakah hukum bagi orang yang membaca tentang astrological sign/zodiac dan mempercayainya?

Menjawab persoalan tersebut, Mufti menegaskan bahawa Islam tidak membenarkan kepercayaan seperti itu dan melarang keras.

Islam melarang keras

Islam tak membenarkan kepercayaan seperti itu dan melarang keras.

Untuk mendapat penerangan yang lebih jelas, ikuti huraian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan seperti di bawah.

Soalan: Apakah hukum mempercayai ramalan nombor, money magnet atau tarikh tertentu melalui ilmu metafizik?

Jawapan:

Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan metafizik sebagai falsafah mengenai segala yang di luar alam biasa. Di dalam Bahasa Arab, ilmu metafizik dikenali sebagai ilm ma ba’da al-ṭabīʿah. Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. Antara ilmuwan Islam yang membahaskan perihal metafizik adalah Al-Kindi dalam Kitab fi Falsafat al-Ula, Risalah fi al-Ibanah ‘an Sujud al-Jirm al-Aqsa wa Ta’atihi Lillah dan Risalah fi Kammiyyat Kutub Aristatalis wama Yuḥtaju ilayhi fi Taḥsil al-Falsafah. Begitu Ibn Rushd dalam Tafsir Ma’ Ba’d Tabi’at.

BACA:  Selalu Nampak Orang Sapu Dahi Dan Muka Sesudah Solat. Tapi Apa Hukumnya? Baca Selanjutnya

Metafizik juga adalah kajian tentang alam ghaib, fenomenanya yang dicerap di alam nyata (secara langsung atau tidak) dan kaitannya dengan hukum-hukum tabi’e alam fizikal. Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti:

Apa itu kebenaran?
Adakah Tuhan wujud?
Siapa itu manusia?
Apakah itu kebebasan manusia?
Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?
Justeru, secara khususnya metafizik tidaklah hanya membahaskan tentang nombor dan huruf bagi tujuan ramalan sebagaimana kefahaman segelintir masyarakat kita. Ia satu ilmu yang sangat luas mencakupi perbahasan ghaibiyyat dan alam tabi’e dan bukan semata-mata berkaitan ramalan masa depan. Ilmu penggunaan nombor dan huruf bagi tujuan ramalan lebih dikenali sebagai numerologi.

Tanpa menafikan ada sebahagian ulama’ yang menggunakan ilmu abjad/huruf/nombor ini untuk ikhtiar rawatan, ia sebenarnya boleh juga membawa kemudaratan bagi orang awam jika disalahfahami ilmu abjad/huruf/nombor ini sebagai musabbib al-asbab sekiranya terjadi kesembuhan.

Masa depan seseorang adalah termasuk dalam hal ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT. Firman Allah SWT:

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

(Surah al-A’raf: 188)

Kami amat khuatir perbuatan tersebut menghampiri amaran Nabi SAW dalam sabdanya:

BACA:  Hukum Makan Buah-Buah Yang Tumbuh Di Tanah Perkuburan! Boleh Ke?

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad”

(Riwayat Ahmad, no. 406)

Sabda Nabi SAW:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.”

(Riwayat Muslim, no. 4144)

Menurut Imam al-Nawawi: “Adapun maksud tidak diterima solatnya adalah orang tersebut tidak mendapatkan pahala. Namun solat yang ia lakukan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan dia tidak perlu untuk mengulangi solatnya.” (Lihat Syarh Shahih Muslim, 14/227)

Kesimpulan

Firman Allah SWT:

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Maksudnya: “Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. ”

(Surah al-Naml: 65).

Kami cenderung untuk menyatakan bahawa mempercayai ramalan nombor, money magnet, amalan “cium duit”, sifat seseorang melalui tarikh atau nombor tertentu melalui ilmu numerologi adalah berdosa di sisi Islam. Begitu juga tidak ada nombor-nombor tertentu yang memberi aura berbeza sebagaimana yang dinyatakan oleh segelintir masyarakat kita dalam program-program motivasi.

Dalam masa yang sama, larangan ini juga dimasukkan dalam Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh JAKIM iaitu: Tidak menggunakan apa jua bentuk atau kaedah yang mempunyai unsur-unsur meramal nasib atau masa hadapan seperti kaedah numerologi, rahsia tarikh lahir, matrix code, rahsia abjad, rahsia tahi lalat,rahsia tulisan tangan, ilmu astrologi dan seumpama dengannya.

Semoga kita menginsafi akan kepentingan menjaga aqidah dan lebih berhati-hati ketika melibatkan diri dalam apa-apa program training dan motivasi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel