≡ Menu

Penggunaan Tampon Ketika Berpuasa. Apakah Hukumnya


Soalan:

Assalamualaikum wbt, Saya seorang wanita dan ingin menunaikan umrah sewaktu bulan Ramadhan. Isunya saya kerap mengalami keputihan faraj. Saya menanganinya dengan memakai tampon untuk mengelakkan ia keluar ketika solat. Saya bercadang untuk menggunakannya ketika tawaf dalam keadaan puasa. Soalan saya, adakah batal puasa jika saya memasang tampon sebelum menunaikan tawaf?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Antara Perkara Yang Membatalkan Puasa

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Firman Allah Taala:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).”

BACA:  Hukum Memaki Orang Yang "Tak Reti" Bawak Kereta.

(Surah al-Baqarah, 2:187)

Menjadi kewajipan bagi orang yang berpuasa Ramadhan untuk menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa setelah berniat puasa. Antaranya ialah tidak memasukkan dengan sengaja dan sukarela suatu ain ke dalam rongga badan melalui laluan badan yang terbuka termasuklah faraj. Justeru jika seseorang memasukkan sesuatu ke dalam batin faraj yakni bahagian faraj yang tidak zahir ketika seseorang wanita itu mencangkung dan bukan yang wajib dibasuh ketika istinja dan mandi wajib, maka batallah puasanya menurut mazhab al-Syafie. Ini jika dilakukan antara terbit fajar sadiq sehingga tenggelam matahari.

Adapun jika berlaku sebelumnya dan dikeluarkan sesuatu itu selepas fajar maka tidak batal puasa. Berkata Syeikh Nawawi al-Bintani Rahimahullah: “Jika seseorang memasukkan ke dalam duburnya atau telinganya sejenis kayu dan berpagian dalam keadaan berpuasa. Kemudian dia mengeluarkan kayu itu selepas fajar maka hal itu tidak membatalkan puasa.”

BACA:  Cara Yang Betul Untuk Bersama Suami Ketika Uzur. Indahnya Rumahtangga

Rujuk Kasyifah al-Saja (462)

Penggunaan Tampon

Kami sertakan di sini definisi tampon. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, tampon ditakrifkan sebagai “penyumbat daripada kain tiras, kapas, dan lain-lain yang dibubuh pada luka atau ke dalam rongga badan untuk menahan darah, menyerap kumuhan, dan lain-lain.”[1]

Oleh itu, hukum memasang tampon di faraj ketika berpuasa adalah membatalkan puasa jika dimasukkan ke dalam rongga badan melalui saluran yang terbuka (faraj). Namun jika dilakukan sebelum terbit fajar dan dikeluarkan selepasnya, maka tidak membatalkan puasa kerana berlakunya kemasukan itu sebelum imsak dan bukan ketika puasa.

Semoga Allah Taala memberikan kita kebaikan dan menerima amalan puasa kita.

Wallahua’lam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel