≡ Menu

Pengambilan Kopi Tanpa Gula Untuk Kesihatan. Manfaat Yang Berlipat Kali Ganda


Minum secawan kopi di pagi tentunya memberikan sensasi yang begitu mengasyikkan. Seakan tidak lengkap rutin seharian jika tidak dimulakan dengan secawan kopi. Ia ibarat satu permulaan hari yang menjadikan peminumnya lebih bersemangat.

Berikut perkongsian Dr Zubaidi Hj Zubaidi

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI
Ramai di antara kita yang seolah-olah “tidak boleh hidup” jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi.

Saya suka berkongsi satu kajian, menunjukkan bahawa meminum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine. Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak minum kopi dalam hidup mereka.

BACA:  Ambillah Sesudu Minyak Zaitun Setiap Hari, Insya'Allah Diselamatkan Dari Alzheimer

Rendahkan Risiko Dapat Penyakit Kardiovaskular
Mereka yang minum dua atau tiga cawan kopi mempunyai kebarangkalian untuk bebas dari penyakit kronik termasuk kanser sebanyak 18%.
Dalam kajian yang lain, saintis yang melibatkan setengah juta orang di seluruh Eropah mendapati meminum kopi dapat merendahkan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan penghadaman.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa dengan minum kopi tanpa gula setiap hari dapat merendahkan risiko mendapat penyakit.

BACA:  Mempelajari Agama Hanya Pada Buku, FB, Blog dan Youtube. Cukup Ke?

Parkinson’s dan Alzheimer’s dan dapat mengawal gula dengan lebih baik bagi pesakit diabetes. Ia juga dikatakan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Jadi minumlah kopi tanpa gula untuk mendapat kebaikan kopi.
Namun ada orang yang sensitif terhadap kopi (yang mengandungi kafein). Mereka mungkin akan mengalami rasa sakit kepala, degupan jantung yang laju, dan rasa tidak selesa dalam perut.

Ambillah dalam kuantiti dan pada yang masa yang sesuai.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel