Persatuaan Pengguna Negeri Terengganu sokong pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS).
Pengerusinya, Mohd Zukee Mohd Ragam, menyifatkan pembatalan pelaksanaannya bagi permohonan visa umrah sebagai tindakan tepat.
“Persatuan Pengguna Terengganu, setuju Imams (Integrated Manasik Monitoring System) dibatalkan. Terdapat beberapa kekeliruan, dari aspek kos yang sepatutnya RM40.00 dan bukan RM90.10.
“Kedua, ia sepatutnya tidak wajib, ketiga terdapat seorang Melayu dan tiga Cina dalam syarikat yang mengendalikannya. Kita menerima pelbagai reaksi negatif dari orang ramai yang menyatakan kegelisahan mereka berkenaan sistem Imams yang diumumkan ini,” katanya.
Pembatalan IMAMS diumumkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, semalam.
Beliau di petik berkata, Kerajaan akan mencari mekanisme baharu yang lebih baik dan berkesan dalam menangani isu penipuan pakej umrah di negara ini susulan pembatalan pelaksanaan Imams bagi permohonan visa umrah hari ini.
Melalui kaedah baharu itu akan diperhalusi dan memberi jaminan hanya mereka yang beragama Islam akan terlibat mengendalikannya.
Menurutnya, mekanisme itu akan meliputi semua aspek termasuk cadangan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Mekanisme baharu itu pastinya akan lebih cekap… dan tidak membebankan pengguna. Kementerian memberi jaminan mekanisme baharu itu adalah 100 peratus Islam. Kita ambil kepentingan isu sensitiviti,” katanya pada sidang media, semalam.
Sumber : Sinar Harian
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel