≡ Menu

Pemancing Ingkar Perintah Berkurung Dibaham Buaya.


RWANDA: Seorang lelaki yang melanggar perintah berkurung COVID-19 untuk memancing mati dibaham buaya manakala dua lagi yang melanggar arahan sama mati ditembak polis.

Datuk Bandar daerah Kamonyi, Alice Kayitesi, berkata tragedi membabitkan pemancing itu berlaku di sungai Nyabarongo kelmarin.

BACA:  [Musim Panas] Panas-panas Memang Sedap Kalau Ada Aircond, Tapi Ini Kesan Buruk Kalau Kita Terlebih Guna

“Mangsa adalah antara segelintir kecil penduduk yang melanggar perintah berkurung bagi mengekang penularan coronavirus,” katanya.

Rwanda, yang kini mencatatkan 41 kes COVID-19, diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua minggu sejak 21 Mac lalu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Selaras perintah itu, semua perniagaan tidak membabitkan kepentingan asas, khidmat pengangkutan antara bandar atau daerah dan pergerakan luar rumah tanpa alasan penting dilarang sama sekali.

Sementara itu, polis Rwanda menembak mati dua lelaki berusia 20an kerana melanggar perintah berkurung, berdasarkan laporan Bloomberg semalam.

Jurucakap polis Rwanda, John Bosco Kabera, berkata dua lelaki terbabit ‘cuba bergelut dengan polis’ ketika kejadian itu berlaku. – AGENSI

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel