≡ Menu

Pelancaran Tudung di Zouk: Imam Muda Fakhrul Tampil Memperjelaskan Hukum.


KUALA LUMPUR, 13 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Selepas dikecam hebat netizen dan kehilangan kira-kira 100,000 rakan Instagram, selebriti yang mencetuskan kontroversi beberapa hari lalu – Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa – menarik diri daripada menyertai program Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Memetik laporan Berita Harian, dia bertindak demikian atas kerelaan sendiri dan setelah berbincang dengan penganjur, kerana tidak mahu program itu ‘terganggu’ dengan kontroversi yang membabitkan dirinya. Sebelum ini dia mengikuti latihan sebagai persediaan menjadi hos program berkenaan.

Neelofa, 29 tahun, yang menunaikan haji pada 2016 mencetuskan kontroversi tiga hari lalu apabila melancarkan koleksi tudung Be Lofa di kelab malam dan disko terkenal di Malaysia, The Zouk. Menurut laporan itu, semakan mendapati kira-kira 100,000 pengguna Instagram bertindak ‘unfollow’ atau menarik diri daripada menjadi pengikutnya.

Walaupun syarikat pengeluar tudung, Naelofar Hijab – NH Prima International Sdn Bhd – sudah memohon maaf melalui kenyataan yang diedarkan kepada media, semalam, Neelofa terus dikecam hingga dia juga menutup ruangan komen dalam salah satu entri di Instagram miliknya. Pelbagai pihak, termasuk mufti, agamawan, pertubuhan Islam serta netizen media sosial menasihatkan dan mengecam tindakan Neelofa melancarkan koleksi hijab di ‘tempat maksiat’.

BACA:  Remaja Palestin dalam koma selepas ditembak dengan peluru getah

Berikut ialah perkongsian daripada Imam Muda Fakhrul Melalui laman facebook beliau. Beliau menjelaskan sedikit sebanyak mengenai hukum dan akibat pelaksanaan pelancaran tudung Neelofa di tempat tersebut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Apa hukum buat pelancaran tudung di Kelab Malam??

Hukum asal program pelancaran tudung adalah harus dan berpahala. Tapi bila buat di Kelab malam jadi haram. Haram bukan sebab pelancaran tudung tapi kerana buat di kelab malam, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah. Fitnah kepada seorang muslimah dan muslim, fitnah kepada pemakaian syariat dan fitnah kepada agama.

Pelaku dan yang terlibat dengannya berdosa, wajib bertaubat. Saya ambil kerja Tuhan??. Maaf, Tuhan yang minta saya buat kerja ni!.

“Kena berlembut jangan berkasar”.. Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena pakai tukul besi!. Tak percaya?, rujuk pendekatan dakwah Rasulullah. Yang nak berlembut, silakan. Tapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia!.

“Ajak jangan hukum”. Maaf, saya tak menghukum. Saya MEMBERITAHU hukum dari Yang Maha Menghukum. Dan saya sedang MENGAJAK mereka untuk mengikut hukum. “Ini kesalahan peribadi bukan kesalahan umum”. Maaf, kalau kesalahan peribadi melibatkan umum maka ia menjadi kesalahan umum.

BACA:  Makmum Terlupa Baca Al Fatihah. Apa Hukumnya? Ramai Tak Tahu

Mungkin dia nak dakwah” Maaf, matlamat tak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi!. “Tak apa, yang penting niat dan hati dia baik”. Maaf, hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik”.

“Jangan boikot!. Macamana Melayu nak maju?”. Saya kata boikot semua tudung yang tak menepati syariat. Maju biarlah berkat. Kita nak maju juga dalam kubur dan di akhirat. Apa ada pada Melayu?. Adat bersendi syariat!.

Nak kata apa lagi??. Katalah!. Selagi mampu kata. Esok di akhirat mulut dah tak mampu berkata-kata kecuali tangan dan kaki mereka. (Surah Yasin). Pemiliknya berkata, tak peduli kata-kata orang. Betul, kata-kata Allah pun kau bakul sampahkan apalah sangat kata-kata orang.

Ya Allah.. sesungguhnya aku telah menyampaikan.

sumber 1 dan 2

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel