≡ Menu

Paru Paru Berair Berpunca Daripada Mandi Malam? Sudah Sudahlah Tuuuu.. Mari Baca


Paru-paru berger atau pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang paru-paru. Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru.

Kita pasti biasa mendengar kata-kata sumbang, “tak elok mandi malam, tengah malam.. nanti kena penyakit paru-paru berair”. Mandi di waktu malam sering dipercayai penyebab paru-paru berair. Adakah benar bahawa tabiat ini boleh menyebabkan paru-paru basah?

Benar mandi malam sebabkan paru-paru berair?
Sehingga kini tidak ada bukti penyelidikan saintifik yang membuktikan mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Udara malam cenderung menjadi lebih sejuk, namun, paru-paru berair hanya boleh disebabkan oleh jangkitan atau penyakit lain yang mungkin pernah dialami sebelum ini.

BACA:  Memanggil Isteri Dengan Panggilan Mummy, Mama. Adakah Ia Jatuh Hukum Zihar?

Pada waktu malam, suhu udara cenderung menjadi lebih sejuk. Ini meningkatkan risiko jangkitan paru-paru. Kerana udara sejuk dapat membuat saluran pernafasan anda kering sehingga lebih mudah terdedah kepada jangkitan. Tetapi faktor ini sahaja tidak mencukupi untuk membuat seseorang mengalami jangkitan paru-paru. Terdapat banyak faktor lain yang terlibat. Sebagai contoh, daya tahan tubuh dan sejarah penyakit sebelum ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mandi malam terbukti bermanfaat
Salah satu kebaikannya membuatkan anda tidur lebih nyenyak. Selepas satu hari aktiviti, percikan air dapat memberi kesan segar sehingga menjadikan tubuh dan minda anda relaks. Sejurus selepas mandi, anda akan berasa sensasi sejuk, sensasi sejuk inilah yang mendorong anda untuk masuk tidur.

BACA:  Contohilah Pendidikan Kanak-Kanak Di Finland, Budak Pun Tak Stress

Mandi pada waktu malam juga membantu meningkatkan peredaran darah untuk mengekalkan suhu badan yang ideal. Pendedahan kepada suhu sejuk juga boleh mencetuskan sistem pendarahan untuk mengurangkan keradangan dalam badan.

Di samping itu, mandi malam juga boleh membantu mencegah jerawat dan masalah kulit yang lain. Ya, selepas satu hari aktiviti, tubuh anda mesti dipenuhi dengan peluh, debu dan bakteria. Jadi dengan mandi malam, sekurangnya apabila anda tidur, tubuh anda lebih bersih.

Sekarang dah jelaskan? Dah jangan fikir yang bukan-bukan lagi… Mandi malam buatkan tidur anda lebih nyenyak dan selesa malah semestinya tubuh bersih.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel