≡ Menu

Para Suami Kena Tahu Kenapa Anak Buat Perangai


Ada masanya Solahuddin ni tiba-tiba je jadi gelisah dan buat perangai menangis tak tentu hala.

Dulu saya ingat Solahuddin ni saja mengada-ngada. Rupanya..

Baru saya perasan anak saya jadi gelisah kalau bidadari saya ni nampak kepenatan. Yela, baru balik kerja kan dah terpaksa fikirkan kerja di rumah pula.

Rupanya anak saya ni dapat detect kepenatan Umminya! Bila Ummi dia penat, jiwa anak anak ni rasa macam tak terpenuhi. Tu yang anak-anak buat perangai tu! Bonding tu jadi tak kuat sangat sebab fikiran Umminya serabut dan stress!

BACA:  Terkini: Pasaraya Dan Balai Bomba Sudah Dinyahkuman Di Simpang Renggam

Tu la kenapa sekarang ni kalau nampak je isteri dah mula serabut atau kepenatan, saya amik anak-anak dan biar je bidadari saya tu berehat sendirian. Otak perempuan ni walaupun kompleks daripada lelaki, otak mereka sebenarnya perlu lebih banyak rehat daripada lelaki.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ajaibnya bila isteri saya dah berehat dan bertenang, emosi anak-anak pun jadi lebih ceria dan tenang! Bila anak tenang, fikiran saya pun jadi lebih lapang. Hidup pun jadi tenteram.

BACA:  3 Punca Rambut Kerap Gugur Dengan Tidak Terkawal! Ubah Segera

Taufiq Razif
Percaya Yang Suami Idaman Adalah Suami Yang Hobinya Mencuci Pinggan

p/s : Tu la kenapa saya buka kelas Ilmu Parenting secara percuma di Telegram saya. Supaya kita boleh jadi pasangan dan ibubapa terbaik untuk keluarga kita semua. Install aplikasi Telegram dan klik je link ni : t.me/NotaTaufiqRazif
Dah 50,000 orang yang join tau. Jom join sekali!

 

Sumber: Facebook Taufiq Razif 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel