≡ Menu

Panadol Merosakkan Hati? Nah! Baca Jawapan Daripada Pakar Perubatan Ini!


 

Paracetamol is a analgesic (painkilling) drug that relieves general pains such as headaches, it also proves effective in reliving pain caused from fevers.

Ramai daripada Netizen yang memviralkan ubat Paracetamol(PCM) sebagai salah satu ubat yang akan merosakkan hati.

Ini merupakan petikan daripada post tersebut:

BERHATI-HATI DENGAN MAKANAN INI #InformasiKesihatan

#Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati.

Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”. Semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang berkesanlah pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi untuk melawan penyakit.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bagi wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

BACA:  Video Ngeri Kebakaran Hutan, California Bak Neraka

Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut yang panadol(ataupun nama kompaunnya paracetamol) boleh merosakkan hati.

Tetapi ia wajib memenuhi satu syarat ini iaitu OVERDOSE.

Hanya dos ubat Paracetamol yang berlebihan saja yang akan merosakkan hati. Jika dos paracetamol tersebut sesuai dengan umur dan berat badan seseorang, maka ia dijamin selamat dan tidak akan merosakkan organ hati

Panadol berada dalam tubuh manusia lebih daripada 5 tahun??
Perlu diketahui, 85 ke 95% dos PCM yang diambil akan disingkirkan dalam masa 24 jam. Jadi dalam masa 2-3 hari tiada lagi kompoun PCM di dalam badan kita. Pernyataan yang mengatakan paracetamol akan tinggal dalam tubuh manusia selama 5 tahun adalah sesuatu yang tidak bersandarkan fakta dan hanyalah khabar angin semata=mata

BACA:  5 Tip Membantu Anda Bagi Menunaikan Haji Pada Usia Muda

Selain daripada ubat demam, PCM juga boleh bertindak sebagai ubat tahan sakit. Kegunaannya hanya melibatkan sakit-sakit yang kecil sahaja seperti sakit-sakit badan, sakit kepala yang tidak serius dan sebagainya.

Melahirkan bayi guna ubat tahan sakit Panadol?
Manakala ketika pembedahan melahirkan bayi pula, ubat PCM tidak digunakan sebab ianya tidak bertindak seperti ubat bius.

Sebenarnya ubat bius yang akan kita bagi ketika melahirkan anak dan ini akan menghilangkan rasa sakit secara sepenuhnya.

Cara ia bertindak(Mechanism of action) sangat berlainan dengan PCM.

Rekomendasi:
1) Ubat Paracetamol adalah ubat yang sangat selamat
2) Penggunaan dengan jumlah dos yang betul tidak akan merosakkan hati
3) Hampir keseluruhan dos paracetamol akan disingkir dalam masa 24jam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel