≡ Menu

Orang Yang Sering Berselawat, Ganjarannya Tempat Yang Paling Hampir Disisi Rasulullah


Apakah Maksud Sebenar Selawat?
Menurut Al-Mubarrid, makna asal selawat adalah limpahan rasa kasih sayang. Jika selawat itu berasal daripada Allah, maka maknanya adalah rahmat. Manakala jika berasal dari para malaikat, ia bermaksud kasih sayang dan doa permohonan rahmat kepada Allah SWT (buat manusia yang didoakan).

Ia berbeza-beza sedikit maknanya mengikut konteks. Manakala antara selawat yang diujarkan oleh para malaikat kepada orang yang menunggu solat ialah seperti berikut:

“اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ”

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia. Ya Allah berikanlah rahmat kepadaNya”

Abu Bakar Al-Qusyairi pula berkata bahawa selawat daripada Allah kepada selain daripada Nabi SAW adalah bermaksud rahmat. Manakala selawat yang khusus kepada Nabi SAW adalah satu bentuk pemuliaan dan tambahan pangkat kepada baginda.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Manakala Abu Al-‘Aliyah pula berkata bahawa selawat Allah kepada Nabi SAW adalah dalam bentuk pujian kepada baginda di hadapan para malaikat. Sedangkan selawat para malaikat kepada baginda merupakan dalam bentuk doa.

Ucapan selawat daripada umat kepada baginda Rasulullah juga berupa doa agar Allah memberikan rahmat dan kemuliaan kepada baginda dan seluruh isi keluarga.

Antara ucapan selawat ke atas Nabi SAW adalah Selawat Ibrahimi seperti disebutkan dalam hadis:

BACA:  3 Tabiat Yang Kita Biasa Buat, Menambahkan Risiko Sakit Tulang Belakang

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ أَتَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ فِي مَجْلِسِ سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ فَقَالَ لَهُ بَشِيرُ بْنُ سَعْدٍ أَمَرَنَا اللَّهُ تَعَالَى أَنَّ نُصَلِّيَ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَكَيْفَ نُصَلِّي عَلَيْكَ قَالَ فَسَكَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى تَمَنَّيْنَا أَنَّهُ لَمْ يَسْأَلْهُ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُولُوا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَالسَّلَامُ كَمَا قَدْ عَلِمْتُم

Dari Abu Mas’ud al-Anshari dia berkata, “Rasulullah SAW mendatangi kami sedangkan kami berada dalam majlis Saad bin Ubadah, maka Basyir bin Saad berkata kepadanya, Allah memerintahkan kami untuk mengucapkan selawat atasmu wahai Rasulullah, lalu bagaimana cara berselawat atasmu?

Perawi berkata, “Lalu Rasulullah SAW diam hingga kami berangan-angan bahawa dia tidak menanyakannya kepada baginda. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Muslim, no.613 – Status Sahih)

Apa Yang Perlu Dibaca Apabila Menziarahi Makam Rasulullah
Selawat boleh disebut walau di mana kita berada, manakala salam pula boleh dibaca apabila kita menziarahi makam Rasulullah SAW.

Antara lafaz salam yang boleh diucapkan kepada Rasulullah SAW pula adalah seperti di bawah:

1. “السَّلَامَةُ لَكَ ، وَمَعَكَ”

(Semoga keselamatan menjadi milikmu dan selalu bersamamu)

2. “السَّلَامُ عَلَى حِفْظِكَ ، وَرِعَايَتِكَ”

(Semoga Zat Yang Maha Pemberi Keselamatan memberikan penjagaan dan jaminan untukmu)

Jadikanlah selawat sebagai zikir harian sebagaimana kata-kata yang sering ucapkan setiap hari. Sesungguhnya orang yang banyak berselawat kepada Nabi SAW, akan dapat berdamping dengan Nabi SAW di akhirat kelak.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُ النَّاسِ عَلَيَّ صَلاةً

Daripada Abdullah Bin Masoud berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling aula (utama) bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR at-Tabrani, no. 9679 – Status Hadis Sahih)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel