≡ Menu

Orang Yang Kata Vape Lebih Sihat Ni Sebenarnya Tak Nak Mengaku Kemudharatannya.


Pada hari ini ramai yang sibuk berkata akan kejahilan pimpinan kita berkenaan agama, bagi saya lemahnya pemimpin-pemimpin negara kita dalam memahami konsep Islam yang sebenar bukanlah suatu perkara yang pelik, ianya sudah dimaklumi semua. Lebih utama bagi saya adalah kita juga hendaklah sedar bahawa kejahilan akan kefahaman Islam yang benar hakikatnya bukanlah hanya melanda golongan politikus kita sahaja, ianya bermula daripada bawah iaitu masyarakat itu sendiri. Pemimpin yang wujud adalah cermin kepada wajah masyarakat kita pada hari ini.

Penyakit kronik yang melanda masyarakat kita ini semakin jelas dalam isu baru-baru ini berkaitan vape atau pun rokok elektronik. Saya tidak bercadang membicarakan soal ini pada perspektif syarak secara mendalam kerana saya yakin banyak pihak bahkan mufti-mufti sendiri telah menyatakan secara jelas akan keharamannya. Akhirnya terserah kepada kita sama ada ingin benar-benar mencari kebenaran atau benar-benar mencari alasan untuk berterusan melakukan suatu maksiat.

Yang merisaukan saya adalah hujah sesetengah pihak yang menyebut kononnya antara kebaikan rokok elektronik ini adalah ianya menjadi ubat kepada perasaan ketagih terhadap perbuatan menghisap rokok. Lalu dengan ini boleh membawa kepada seseorang itu meninggalkan rokok keseluruhannya. Walaupun mereka akui rokok elektronik itu membawa mudharat cumanya kurang daripada rokok katanya.

Kenyataan seperti ini jelas berkait dengan konsep kefahaman masyarakat kita berkenaan kaedah meninggalkan sesuatu maksiat atau menolak sesuatu kemudaratan. Bagi saya kefahaman ini adalah lebih asas untuk masyarakat kita insafi dan ambil iktibar daripada isu ini. Kerana gagal dalam memahami hal ini akan menyebabkan rosaknya kefahaman kita akan seluruh perkara yang berkaitan maksiat, bukan sekadar berkaitan rokok.

BACA:  Penggunaan Kuali Anti Lekat Yang Expired Boleh Menyebabkan Kanser!

Dalam Islam, konsep berkaitan pelakuan sesuatu maksiat itu jelas lagi terang iaitu:Ia hendaklah ditinggalkan dan ditolak serta digantikan dengan amalan kebaikan! Konsep ini disebut dalam firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

إن الحسنات يذهبن السيئات ذلك ذكرى للذاكرين

Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Surah Hudd: 113)

Juga konsep ini diperkukuhkan lagi dengan hadis Rasulullah SAW:

عن أبي ذر ومعاذ بن جبل رضي الله عنهما ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها ، وخالق الناس بخلق حسن رواه الترمذي

Daripada Abi Zarr dan Muaz bin Jabal Radiallhuanhuma: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada serta iringilah setiap kejahatan itu dengan perbuatan baik yang akan menutupnya, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik (riwayat Termizi)

Imam At Tobari menyebut didalam tafsirnya berkenaan ayat Al-Quran diatas:Sesungguhnya dengan kita taat kepada Allah serta melakukan amalan yang diredhaiNya akan menolak perbuatan dosa maksiat terhadapNya serta menghapuskan dosa-dosa yang lalu.

Maksiat hanya akan hilang apabila kita mula lakukan kebaikan! Atau dalam bahasa mudah boleh kita katakan adalah dengan berhenti melakukan perbuatan hina tersebut.

Menangani sesuatu maksiat bukanlah dengan kita melakukan maksiat yang lain. Kerana ianya terus meletakkan kita berada dalam lembah dosa dan maksiat tanpa kita sedikit pun dapat keluar daripadanya. Ianya tak ubah seperti seseorang yang ingin berhenti melakukan zina lalu dia memuaskan nafsunya dengan menonton video-video lucah, atau seseorang yang ingin berhenti mengambil dadah lalu dia meminum arak. Orang berfikiran sebegini akan terus berada dalam dunia kemaksiatan kerana telah dipermainkan oleh syaitan itu sendiri.

Dia merasakan apa yang sedang dilakukannya adalah rawatan bagi dirinya, tetapi hakikatnya dia sedang pergi semakin dalam ke arah kegelapan maksiat. Syaitan terus menghiasi perbuatan maksiatnya itu seolah-olah ianya adalah amalan kebaikan hinggalah sampai suatu masa dia keliru antara kebaikan dan pahala serta kemaksiatan dan dosa.

Terdapat satu kaedah fiqh yang digariskan ulama-ulama fuqaha’ terdahulu jelas memberi panduan pada kita dalam hal ini:

الضرر لا يزال بالضرر

Sesuatu mudarat tidak boleh dihilangkan dengan mudarat yang lain

Secara asalnya, kemudaratan itu hendaklah ditolak, dicegah serta dibuang ! Pada rokok itu ada doror juga pada vape itu ada doror, pada dadah itu ada doror juga pada arak itu ada doror. Bukanlah cara menghadapi kemudaratan itu dengan gantikan dengan kemudaratan yang lain. Ini bertentangan dengan antara ruh maqasid syariat itu sendiri iaitu memberi maslahat dan menolak kemudaratan.

الضرر يزال

Kemudaratan hendaklah dihilangkan

Konsep dalam Islam itu mudah dan jelas untuk kita ikuti, iaitu kebaikan hendaklah kita lakukan dan maksiat hendaklah kita tinggalkan. Tiada ubat bagi perokok melainkan dia hendaklah tinggalkan perkara tersebut secara bersungguh, tiada ubat bagi pelaku zina melainkan dia membuang tabiat buruk tersebut serta segera kembali kepada Yang Maha Pengampun.

Maksiat selamanya adalah suatu maksiat serta selamanya tidak akan pernah menjadi suatu ubat. Juga mudarat selamanya akan bawa kerosakan serta tidak akan memberi maslahat (kebaikan)

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel