≡ Menu

Orang Jepun Suka MSG, Tapi Jangka Hayat Mereka Panjang. Ini Sebabnya


Kalau perasan setiap kedai mahupun produk makanan rata-rata mengeluarkan label ‘tiada tambahan MSG’. Kenapa?

Label itu adalah semata-mata demi mengurangkan rasa gundah orang ramai terhadap ‘momokan’ bahaya MSG sejak bertahun lamanya yang dikatakan boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit kepala dan alahan.

“Apa yang saya nampak, ramai orang benar-benar yakin bahawa alahan mereka adalah disebabkan oleh MSG. Ia menyebabkan ini, ia menyebabkan itu,” kata ahli alergi dan imunologi, Katharine Woessner dari Scripps Clinic Medical Group, yang sedang menjalankan kajian mengenai kesan MSG.

Menurutnya, ia merupakan salah faham dan mitos yang paling epik. Lagi pula, sehingga kini kebanyakan para saintis bersetuju bahawa tiada bukti MSG menyebabkan penyakit ke atas manusia.

BACA:  Bolehkah Anda Menjadi Awet Muda Dengan Hanya Berjalan Kaki?

Beberapa penelitian daripada organisasi besar seperti Badan Kesihatan Dunia (WHO), European Community’s Scientific for Food dan Kumpulan Doktor Amerika Syarikat (AMA) juga telah berhasil membuktikan bahawa MSG adalah produk yang selamat untuk manusia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kalau sebut sahaja MSG, pasti ada satu nama yang bermain difikiran. Ajinomoto (Malaysia) Berhad kini dalam usaha giatnya menjalankan kempen ‘Campur, Campur, Siap!’ dengan objektif memupuk sikap dan kesedaran pentingnya pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian di kalangan rakyat Malaysia.

Tabiat pengambilan makanan yang tidak baik menjadikan rakyat Malaysia antara negara yang tertinggi memiliki jumlah penduduk menghidapi obesiti.

BACA:  Bagaimana Mengesan Gadis Itu Masih Dara Atau Tidak?

Oleh itu, Syarikat Ajinomoto mengambil inisiatif ini mendekati orang ramai terutamanya suri rumah supaya dapat menyediakan makanan air tangan yang sihat buat seisi keluarga melalui kempen yang dijalankan.

Hidangan yang dihasilkan dengan skill ‘Campur, Campur, Siap!’ ini pastinya menggunakan AJI-NO-MOTO® Perencah Umami, rasa lebih sedap dan digemari anak-anak.

Jangan terkejut pula anak-anak tiba-tiba suka makan sayur. Dengan resepi masakan lazat sayur-sayuran yang mudah, cepat dan berkhasiat daripada Syarikat Ajinomoto, anda berpeluang menyediakan makanan sihat untuk orang yang tersayang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel