BAITULMUQADDIS –Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menyatakan bahawa beliau ‘tidak ambil peduli’ dengan kenyataan pemimpin-pemimpin negara Islam mengenai Baitulmuqaddis. OIC menggesa masyarakat dunia untuk mengiktiraf kawasan timur bandar itu sebagai ibu negara Palestin.
“Kami tidak kisah dengan semua kenyataan itu,” kata Netanyahu dalam satu ucapan dengan menyatakan beliau percaya lebih banyak negara akan mengikuti langkah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.
Kenyataan beliau muncul selepas satu sidang tergempar oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhubung pengumuman Trump pada minggu lalu.
“Rakyat Palestin boleh melakukan perkara dengan lebih baik dengan menerima hakikat dan bertindak mengikut keamanan dan bukan keganasan,” kata Netanyahu.
“Mereka harus menyedari satu lagi fakta mengenai Baitulmuqaddis iaitu ia bukan sahaja ibu negara Israel tetapi kami mengekalkan kehormatan terhadap Baitulmuqaddis untuk kebebasan beragama dan beribadat untuk semua agama. Kami adalah pihak di Asia Barat yang melakukan perkara ini tidak seperti mana-mana pihak lain,” katanya.
Sidang tergempar OIC itu mengisytiharkan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin dan meminta semua negara di dunia supaya mengiktiraf negara Palestin dan Baitulmuqaddis Timur adalah ibu kotanya. – AFP
Perlekehkan OIC, Netanyahu kata banyak negara lain setuju Baitulmaqdis ibu negara Israel
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis mengambil sikap tulikan telinga dan butakan mata berkaitan kecaman Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke atas pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu minggu lalu.
Dengan angkuhnya Netahyahu berkata, “kami tidak kisah dengan semua kenyataan itu,” serta menambah beliau percaya lebih banyak negara di dunia sedia mengikuti langkah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Dengan menolak Perancis, Britain, Rusia dan beberapa negara besar lain, tidak pasti negara manakah yang dimaksudkan olehy Netanyahu menyokong pengisytiharan Trump itu.
Netanyahu memperlekeh dan bersikap tidak ambil peduli dengan kenyataan pemimpin negara Islam berkaitan Baitulmaqdis.
Sidang tergempar OIC di Ankara mengisytiharkan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan meminta dunia mengiktiraf kemerdekaan Palestin itu.
Netanyahu seperti dilaporkan AFP merespons kenyataan hasil sidang tergempar oleh OIC yang berlangsung di Ankara, Turki yang kali ini dihoskan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Ujar Netanyahu membela keputusan Trump yang menyebelahi Israel, “rakyat Palestin boleh melakukan perkara dengan lebih baik, menerima hakikat dan bertindak mengikut keamanan dan bukan keganasan,” kata Netanyahu.
Netanyahu mendakwa, Baitulmaqdis bukan setakat negara Israel, tetapi merupakan pihak yang mengekalkan kehormatan Baitulmaqdis. – Sarawakvoice
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel