≡ Menu

Nama Nama Syurga Yang Dicatatkan Dalam Al-Quran


Apabila disebut mengenai syurga, pasti ramai yang mengenalinya sebagai Jannah ataupun Firdaus. Nama-nama ini sangat terkenal, namun tahukah anda, sebenarnya banyak lagi nama syurga yang disebut dalam Al-Quran, antaranya:

#1 – Syurga Darussalam
لَهُمْ دَارُ السَّلَامِ عِندَ رَبِّهِمْ ۖ وَهُوَ وَلِيُّهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Mafhum: “Bagi merekalah Syurga Darussalam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.” (Surah Al-An’am, 6:127)

#2 – Syurga Jannatul Makwa
عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ
عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ

Mafhum: “Di sisi Sidratul Muntaha. Yang di sisinya terletak Syurga Jannatul-Makwa.” (Surah An-Najm, 53:15)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#3 – Darul Muqamah
الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِن فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ

BACA:  Kedai Kek Islam di Jakarta Enggan Tulis Merry Christmas

Mafhum: “Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga tidak akan merasa letih lesu.” (Surah Fatir, 35:35)

#4 – Syurga Adnin
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Mafhum: “(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn.” Itulah kemenangan yang besar.” (Surah As-Saff, 61:12)

BACA:  Terkini: Pasaraya Dan Balai Bomba Sudah Dinyahkuman Di Simpang Renggam

#5 – Syurga Naim
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتُ النَّعِيمِ

Mafhum: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh syurga yang penuh dengan berbagai nikmat.” (Surah Luqman 31:8)

Kesimpulan
Banyak lagi nama syurga yang diceritakan dalam Al-Quran beserta gambarannya. Ia adalah sebagai pemangkin semangat kepada hamba-hambaNya untuk tidak lelah dan penat dengan dunia.

Wallahu a’alam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel