≡ Menu

Nak Qiamullail? Jinak-Jinakkan Dengan Qailullah. Ini Manfaat Besar Jika Qailullah


Selalunya bila mata mengantuk sangat ketika di pejabat, kita akan tahan sahaja. Tak dapat nafikan memang mengantuk macam ni mengantuk yang ‘sangat luar biasa.’ Bila kita tahan sahaja mengantuk, kepala akan menjadi pening.

Mahu tidur waktu makan tengahari, perut pula perlu diisi. Akhirnya rasa mengantuk itu terpaksalah ditahan hingga ke waktu petang. Tahukah anda tentang kepentingan tidur sebentar atau Qailullah sebelum Zohor? Adakah anda mengamalkannya? Jika anda tidak mengamalkannya, mungkin selepas mengetahui manfaatnya tentang Qailullah, anda pasti akan melakukan Qailullah setiap hari.

Sabda Rasulullah SAW:

Riwayat ai-Tabrani:

“Lakukanlah Qailullah kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailullah.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Hadis juga ada menyebut:

“Syaitan tidak melakukan Qailullah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailullah atau tidur sejenak sebelum Zohor selama 10 hingga 40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.”

4 KEBAIKAN QAILULLAH:

1. 1 minit qailullah bersamaan 45 minit waktu tidur malam

Qailulah (القيلولة) bermaksud tidur sebentar pada pertengahan siang hari selama 20 hingga 30 minit sebelum masuknya waktu solat Zohor. 1 minit Qailullah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur pada waktu malam.

2. Memudahkan untuk bangun malam

Qailullah pada waktu tengah hari memudahkan untuk bangun malam dan berqiamulail. Tidur sebentar ini bukan sahaja dapat memperbetulkan kualiti tidur seseorang malah ia memberi kesegaran yang sama seperti sebelum tidur malam, pada tahap neuro-kognitif.

3. Rehat selama enam hingga lapan jam

Menurut kajian, setelah berjaga selama 6 hingga 8 jam, manusia perlu berehat. Kebiasaannya sebagai umat Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. Jika dikira dari waktu Subuh hingga jam 12 tengah hari, ia sudah cukup 7 hingga 8 jam kita berjaga. Jadi, Qailullah amat sesuai dengan fitrah tubuh manusia.

BACA:  5 Step Mudah Merawat Bisul Pada Badan Anda!

4. Lebih cergas selepas bangun tidur

Menurut pengamal Qailullah, selepas bangun dari Qailullah, mungkin akan terasa pening sedikit selama 5 hingga 20 minit. Namun selepas itu, berlaku perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Walau bagaimanapun ada waktu-waktu yang dilarang untuk tidur iaitu Hailulah dan Ailulah. Hailulah adalah tidur sehabis solah Subuh. Tidur selepas Subuh dilarang kerana ia boleh menyekat rezeki yang Allah turunkan pada pagi hari.

Ailulah pula tidur selepas melaksanakan solat Asar. Waktu ini dilarang kerana ia ‘menghadirkan’ pelbagai jenis penyakit seperti gila, sesak nafas, gelisah dan murung.

Oleh itu bagi mengekalkan kesegaran sepanjang hari, apa kata amalkan Qailullah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel