≡ Menu

Moody Waktu Pagi, Ini Yang Anda Perlu Lakukan! Mulakan Pagi Dengan Mood Yang Lebih Baik!


Selalunya kita akan mengambil sedikit masa untuk betul-betul sedar selepas bangun dari tidur dan sepanjang tempoh itu, kebanyakan daripada kita tidak mempunyai mood untuk bercakap dengan orang lain dan juga lebih cepat “naik angin”.

Menurut Dr. Allison G. Harvey, profesor psikologi di Universiti California, Berkeley, simptom ini dikaitkan dengan “sleep inertia” iaitu tempoh peralihan kepeningan yang biasanya berlaku dalam tempoh 15- 20 minit atau lebih selepas baru bangun tidur.

Tempoh sleep inerta seseorang juga berbeza beza. Proses untuk betul-betul bangun dan sedar ini sebenarnya mengambil tempoh masa yang agak lama, malah lebih perlahan daripada proses untuk menyalakan lampu selepas suis dipetik.

BACA:  Mana Lebih Elok, Air Mineral Atau Air Isotonik Selepas Bersukan?

Perasaan seperti ini juga tidak semestinya berpunca daripada kekurangan tidur atau tidur yang tidak berkualiti sahaja. Sikap lekas marah pada pagi hari ini juga boleh dikaitkan dengan rehat yang tidak mencukupi, keletihan dan hari yang tidak baik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut Dr. Alice D. Domar, Pengarah Eksekutif Domar Center for Mind/Body Health pula, jika gejala seperti ini hanya berlaku ketika hari Isnin hingga Jumaat, ia mungkin berpunca kerana anda tidak mendapat tidur yang cukup dan terpaksa bangun untuk pergi ke pejabat.

BACA:  9 Hak Bayi Islam Sebelum Dilahirkan. Perancangan Awal Sebelum Kelahiran Zuriat

Selain itu, rutin harian yang berubah ( berehat pada Sabtu dan Ahad) mungkin meyebabkan pagi Isnin menjadi begitu ” berat” bagi kebanyakan orang.

Tips untuk mengurangkan tempoh sleep inertia:

Buka langsir untuk membenarkan cahaya matahari masuk
Menggalakkan aktiviti waktu pagi seperti senaman dan interaksi dengan orang lain
Minum kopi atau teh
Mendengar muzik
Ambil Sarapan
Mandi atau cuci muka dengan air sejuk
Selamat Beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel