≡ Menu

Menipu Dalam Jual Beli Terutama Peniaga Online!


Menipu Dalam Jual Beli

Para peniaga yang melakukan penipuan melalui perniagaan dalam talian boleh didenda mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda sehingga RM200,000 dan hukuman penjara maksimum lima tahun.

“Bagi peniaga individu, kesalahan pertama boleh menyebabkan mereka didenda RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali manakala kesalahan kedua memperuntukkan denda RM100,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.

“Sekiranya penipuan dilakukan oleh perbadanan atau pertubuhan, hukuman denda bagi kesalahan pertama adalah tidak melebihi RM100,000 manakala kesalahan seterusnya boleh didenda maksimum RM200,000,” katanya dalam jawapan lisan kepada soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Se­langor) di Dewan Rakyat hari ini – Utusan Online

Firman Allah swt :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

وَيْلُ لِلْمُطَفِّفِينَ {1} الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ {2} وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ

artinya : ”Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menipu, (yaitu) orang-orang yang apabila menerima timbangan dari orang lain mereka minta dicukupkan dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.” ( Al-Muthaffifin : 1-3)

Lafaz wail (وَيْلٌ) dalam ayat di atas artinya azab yang sangat dahsyat di akhirat.

Ibnu Abbas ra berkata, “Ia adalah satu jurang di dalam neraka jahannam, tempat mengalirnya nanah-nanah penghuni neraka”.

Sementara kata التَّطْفِيفُ (at-tathfîf) bermakna pengurangan. Kata ini berasal dari kata الطَّفِيْفُ yang artinya sesuatu yang sedikit disebut mutathaffif karena tidaklah ia mencuri (mengambil) milik orang lain melalui proses penakaran dan penimbangan kecuali kadar yang sedikit.

Dari Abu Hurairah ra dia berkata :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلاً فَقَالَ « مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ». قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ « أَفَلاَ جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَىْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّى »

BACA:  Kehancuran Bangsa Yahudi Menurut Al-Qur’an Dan Sunnah

artinya : “Rasulullah saw pernah lalu pada hadapan makanan (di pasar), maka baginda memasukkan tangannya ke dalamnya kemudian tangan baginda telah tersentuh sesuatu yang basah, maka baginda pun bertanya, “Apakah ini wahai pemilik makanan?” Si pemiliknya menjawab, “Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Mengapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas supaya orang-orang dapat melihatnya. Hendaklah kamu ketahui bahawa barangsiapa menipu maka dia bukan dari golongan kami.” (Hadith Muslim)

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda :

مَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا، وَالْمَكْرُ وَالْخِدَاعُ فِي النَّارِ.

artinya : “Barangsiapa yang menipu maka ia bukan dari golongan kami. Orang yang melakukan penipuan dan sengelat tempatnya di neraka” (Hadith Ibnu Hibban)

Jelas kepada kita hukum menipu, tidak jujur dan sengelat atau menindas dalam berniaga itu adalah berdosa dan haram. Rezeki yang diperolehi darinya juga adalah haram.

Banyak jenis penipuan dan jual beli yang haram di zaman kita ini. Antaranya :

1. Menimbang atau menyukat barangan dengan cara yang tidak betul atau mengukur yang tidak betul.

2. Menjual barangan rosak tanpa diberitahu kepada pembeli.

3. Menambah barang belian tanpa disedari olih penjual.

4. Tidak memulangkan wang lebih belian dengan betul.

5. Mengambil barangan tanpa membayar atau membayar sebahagiannya sahaja.

6. Tidak menghantar barangan yang dipesan setelah bayaran dibuat.

7. Menjual barangan tiruan dengan sangkaaan pembeli ia adalah barangan asli.

8. Penjual memberitahu modal barang yang jauh lebih tinggi dari sebenar dengan tunjuan menarik perhatian pembeli.

9. Meletakkan tanda harga yang murah dari harga biasa yang tinggi padahal harganya adalah sama seperti sebelum.

10. Mengaku harta yang dipinjam dari simati adalah harta yang telah dibeli dari simati.

11. Menukar nama hak milik harta dengan cara yang tidak benar.

12. Meletakkan barang-barang yang nampak elok dihadapan dan yang kurang elok dibelakang untuk mengabui mata pembeli dan yang seumpamanya.

BACA:  Kisah Pengikut Nabi Yang Bertaubat, Lalu Allah Menurunkan Hujan Setelah Kemarau Yang Panjang

Makan Harta Haram Adalah Amalan Syaitan

Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ . إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

artinya : Hai manusia, makanlah apa yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji serta mengatakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui. (al-Baqarah :168-169)

Makan Harta Haram Adalah Perangai Yahudi

Firman Allah swt :

وَتَرَىٰ كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِي الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

artinya : Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera berbuat dosa, permusuhan dan memakan harta yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu. (Al-Maedah : 62)

Makan Harta Haram Tidak Di Terima Amalannya

Nabi saw bersabda :

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ

artinya : “Tidaklah diterima solat tanpa bersuci dan tidak diterima sedekah dari penipuan” (Hadith Muslim)

Makan Harta Haram Masuk Neraka

Rasulullah saw bersabda :

يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ إِنَّهُ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ

artinya :“Wahai Ka’ab bin Ujrah, sesungguhnya tidak akan masuk ke dalam syurga tubuh badan yang tumbuh dari makanan yang haram.” (Hadith Ibnu Hibban)

Semuga kita semua dipelihara olih Allah dari kebinasaan menipu dan sengelat dalam jual beli kerana akibatnya sangatlah buruk samada di dunia mahupun di akhirat. Aaamiin

Wallahua’lam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel