≡ Menu

Mengapa Israel Takut Pada Briged Al Qassam


Jadi Israel pindahkan ibu negara ke Baitul Muqadis?

Hamas anggap ianya sebagai pengisytiharan perang. Persoalannya mampukah Hamas menentang Israel?

Mari MMP perkenalkan Al Qassam unit tentera Hamas yang di takuti Israel.

Al Qassam menjalani perubahan drastik dalam organisasi dan kekuatan tempurnya hasil bantuan dan sokongan satu negara Islam ni yang enggan di kenali.

Al Qassam kini di organisasikan sama seperti sebuah angkatan tentera profesional. Dengan kekuatan 27,000 orang anggota infantri yang di pecahkan kepada 6 buah briged yang memiliki 25 battalion infantri dan 106 kompeni.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dari jumlah ini sebanyak 2,500 merupakan unit elit Nuhba.

Unit ini memiliki kepakaran khusus untuk menyerang jauh kedalam wilayah Israel. Unit ini terpecah kepada Komando Laut yang melakukan penyusupan laut dan serangan amfibi, unit Komando Udara yang menyusup menggunakan paraglider dan juga unit khas yang menggunakan terowong bawah tanah.

Unit artileri roket Hamas, unit semboyan dan elektronik dan unit2 khusus anti armor yang dilengkapi Anti Tank Guided Missile sangat terlatih dan berdisiplin.

Kesemua unit2 Al Qassam di doktrinasikan dengan operasi penyusupan ke wilayah Israel.

Command and Control Hamas terletak jauh didalam terowong dan kubu bawah tanah yang sehingga kini masih gagal di kesan Israel.

Apakah harga yang akan dibayar oleh Israel jika Hamas bertindak melaksanakan Intifada?

Sumber: MMP

Briged Al-Qassam Digeruni Tentera Zionis

Pasti ramai di antara kita yang pernah mendengar sebuah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid popular tanah air, Hijjaz, yang bertajuk “Pejuang Al-Qassam”. Namun, tahukah kita siapakah mereka yang dimaksudkan dengan pejuang Al-Qassam tersebut?

Briged Izz ad-Din al-Qassam ataupun lebih dikenali sebagai Briged Al-Qassam merupakan pasukan pejuang Palestin yang paling digeruni oleh tentera Israel berikutan kejayaan demi kejayaan yang telah mereka peroleh sewaktu pertempuran dengan rejim tersebut biarpun tidak mempunyai teknologi ketenteraan secanggih tentera Israel pada ketika itu.

Nama Briged Al-Qassam itu sendiri diambil daripada nama seorang mujahid iaitu Sheikh Izuddin al-Qassam. Sheikh Izuddin al-Qassam berasal dari sebuah bandar di Syria iaitu Jableh. Beliau kemudiannya dibuang ke Palestin pada tahun 1921 kerana kelantangan dan keberanian beliau yang terlibat secara aktif dalam menentang penjajahan Perancis di Syria melalui gerakan bersenjata pada masa itu. Ada yang berpendapat beliau tidak dibuang tetapi membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin kerana penjajah Perancis pada masa itu telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Semasa di Palestin, beliau juga menentang kerajaan British pada masa itu (1921) yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi dan seterusnya menindas rakyat Palestin. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British pada masa itu.

Briged Al-Qassam kemudian diasaskan pada tahun 1984 oleh Salah Shehadeh yang merupakan salah seorang pemimpin berpengaruh Hamas. Briged Al-Qassam kemudian mula ditubuhkan secara rasmi pada sekitar tahun 1987 sebagai briged sayap tentera Hamas bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel.

Antara motif utama penubuhan Briged Al-Qassam di awal penubuhannya adalah untuk untuk menentang pencabulan Israel dalam “Perjanjian Oslo”. Perjanjian ini salah satu proses atau perjanjian damai untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel.

BACA:  Muka Penuh Hama! Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Muka Sering Gatal!

Figure 1: Gambar pejuang Al-Qassam dalam pakaian tentera. – Sumber Google Image

Selain itu, sehingga kini, motif utama penubuhan Briged Al-Qassam adalah untuk menyokong penuh matlamat Hamas iaitu mempertahankan tanah air Palestin dari sebarang bentuk ancaman oleh tentera Israel. Kini, Briged Al-Qassam diketuai oleh Khaled Meshal yang juga merupakan Pengerusi Biro Politik Hamas.

Antara kejayaan terbesar briged Al-Qassam adalah pada 25 Jun 2006, iaitu ketika mereka berjaya menahan seorang watak penting dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) iaitu seorang askar yang bernama Gilad Shalit. Dia telah ditahan selama lima tahun sehingga rundingan perjanjian pertukaran banduan dengan rejim Israel berjaya dilakukan. Hasilnya, pada 18 Oktober 2011, seramai seribu tahanan Palestin di Israel telah berjaya dibebaskan kesan daripada penahanan Gilad Shalit tersebut. Peristiwa tersebut dianggap sebagai satu kejayaan besar oleh Briged Al-Qassam dan juga rakyat Palestin kerana berjaya memaksa rejim Israel untuk tunduk kepada tuntutan mereka.

Apa yang lebih menarik tentang Briged Al-Qassam ini sehingga membuatkan tentera Zionis berasa gerun terhadap mereka adalah strategi ketenteraannya. Briged Al-Qassam menggunakan terowong rahsia bawah tanah untuk melaksanakan serangan hendap terhadap tentera Zionis. Apa yang menarik, terowong rahsia bawah tanah ini mempunyai ribuan jumlah rangkaian dan kebanyakannya daripadanya mempunyai perangkap bom yang telah dipasang di dalam terowong-terowong tersebut. Ini menyukarkan lagi misi tentera Zionis dalam mengesan Briged Al-Qassam kerana ramai tentera Zionis yang telah terbunuh akibat perangkap bom tersebut.

Selain itu, Briged Al-Qassam juga melatih golongan-golongan muda Palestin dengan ilmu pertempuran seperti simulasi hujan motar, latihan menembak, teknik menyelinap ke dalam terowong dan cara untuk menyelamatkan diri supaya mereka sentiasa bersedia dalam menghadapi serangan daripada tentera Zionis.

Bridged Al-Qassam juga berkebolehan untuk menghasilkan roket buatan sendiri yang mampu menggegarkan Israel sehinggakan penduduk di Israel menggelar setiap serangan roket ke atas mereka sebagai “Qassam”. Hal ini terbukti, kerana, walaupun tidak mendapat bantuan dari segi ketenteraan dari negara lain, sayap tentera Hamas ini tetap mampu menghasilkan roketnya sendiri yang mana dapat menyebabkan kemusnahan yang dasyat di Israel.

Briged Al-Qassam mula membina roket buatan mereka sendiri pada tahun 2001. Antara model roket buatan briged Al-Qassam adalah seperti roket Qassam yang mampu mencapai jarak sejauh 17.7 km, roket jenis grad dengan jarak yang mampu mencapai sejauh 20 km hingga 48 km, roket jenis Fajar 5 yang mampu mencapai jarak sejauh 75 km dan terbaru adalah roket jenis M-302 yang dihasilkan pada tahun 2014 iaitu tahun lepas dengan pencapaian jarak sejauh 120 km dan pelbagai lagi jenis roket dengan pelbagai jarak yang mampu dihasilkan oleh mereka untuk menggegarkan Israel.

Figure 2: Contoh beberapa model roket yang berjaya dihasilkan oleh briged Al-Qassam – Sumber Google Image

Figure 3: Contoh roket buatan sendiri Briged Al-Qassam

Selain daripada itu, Briged Al-Qassam juga mampu untuk menghasilkan pelbagai jenis ciptaan berteknologi tinggi seperti kapal terbang pengintip jenis drone yang dipanggil sebagai “Ababil”, kereta kebal anti-peluru berpandu bersaiz kecil yang membuktikan mereka mempunyai sistem perisai yang mantap, kereta peledak dan termasuklah juga senjata-senjata lain seperti peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang, pistol, meriam, bahan peledak, dan pelbagai lagi.

BACA:  7 Sebab Kenapa Perlu Cuci Rambut Setiap Hari! Ini Sebabnya

Figure 4: Contoh kapal terbang drone pengintip Ababil yang dihasilkan oleh Briged Al-Qassam – Sumber Google Image

Briged Al-Qassam bukan sahaja digeruni oleh tentera Israel dari segi senjata ketenteraanya, tetapi juga strategi perang gerila mereka dan askar yang berani mati menambahkan lagi ketakutan kepada rejim Zionis itu sendiri.

Selain itu, Briged Al-Qassam juga disertai oleh sebilangan besar golongan muda yang terdiri daripada golongan professional dalam pelbagai bidang seperti pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, para ulama dan ramai lagi. Mereka ini kemudiannya dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.

Jadi, tidak hairanlah mengapa mereka mampu untuk membina senjata mereka sendiri seperti roket, senjata api, bahan peledak dan sebagainya yang menyumbang kepada keberkesanan strategi ketenteraan yang diguna pakai untuk mempertahankan Palestin dari serangan tentera Israel.

Dalam masa yang sama, Briged Al-Qassam juga sering dilabelkan sebagai sebuah organisasi pengganas oleh negara-negara yang pro-Israel seperti Amerika, Kanada, Australia dan negara-negara Kesatuan Eropah.

Media-media Barat dari negara luar seperti CNN, BBC, dan FoxNews juga bersikap sangat prejudis, anti-Islam dan pro-Israel kerana sering kali memanipulasi situasi yang berlaku di Palestin berdasarkan laporan-laporan mereka.

Mereka juga sering menggambarkan bahawa Briged Al-Qassam ini adalah seperti sebuah kumpulan pengganas militan Islam dan menyalahkan segala serangan dari tentera Israel terhadap rakyat Palestin adalah berpunca dari Briged Al-Qassam sendiri dan bukannya dari mereka (tentera Israel) dimana ianya tidak benar sama sekali.

Biarpun di sebalik segala bentuk tohmahan dan propaganda oleh media-media asing yang pro-Israel terhadap pejuang Al-Qassam, namun ianya tidak sedikit pun menggugat semangat mereka dalam memerangi tentera Israel itu sendiri.

Apa yang lebih menarik dan unik, untuk menyertai Briged Al-Qassam, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan agama yang mendalam dan kukuh seperti boleh menghafal Al-Quran dan hadis, sentiasa solat lima waktu berjemaah, solat sunat tahajjud pada setiap malam, dan juga tidak gentar untuk mati syahid di jalan Allah. Hal ini demikian kerana untuk memastikan perjuangan mereka sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Selain itu, identiti para pejuang Al-Qassam ini dirahsiakan dengan memakai penutup kepala berwarna hitam sehingga saat kematian mereka. Salah satu sebabnya adalah untuk melindungi pejuang Al-Qassam itu sendiri dari rasa riak, ujub dan ta’kabur.

Walaupun jumlah sebenar pejuang Al-Qassam tidaklah diketahui secara tepat namun dianggarkan jumlah tersebut adalah seramai 30,000 orang dan jumlah tersebut dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

Akhir sekali, jika dibandingkan kekuatan ketenteraan tentera Israel dengan Briged Al-Qassam, sudah tentulah tentera Israel lebih mendahului dari sudut tersebut, namun apa yang membezakan antara mereka adalah pejuang Al-Qassam, mereka yakin terhadap pertolongan daripada Allah yang memberi mereka kekuatan setiap kali menghadapi tentera Israel di medan perang. Inilah yang menggerunkan dan tiada pada tentera Israel itu sendiri.

Sumber: Riadz Akmal

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel