Cukur rambut bayi selepas 7 hari? Mengapa perlu mencukur rambut bayi yang baru lahir yang biasanya pada hari ketujuh kelahiran? Kemudian, rambut tersebut perlu dikumpul, ditimbang beratnya dan dianggarkan dengan nilai emas lalu perlu dibuat niat untuk disedekahkan kepada orang susah atau fakir miskin.
Sebenarnya, bayi lelaki atau bayi perempuan yang harus dicukur rambutnya mempunyai sebab yang tersendiri mengikut hukum syarak dalam agama Islam. Cukur jambul atau cukur rambut juga mempunyai kelebihan dan kebaikan iaitu mengikut amalan sunnah Nabi serta salah satunya untuk kebersihan dan kesihatan bayi itu sendiri kerana rambut bayi tersebut pernah diselaputi darah ketika dilahirkan.
Walau bagaimanapun, bagaimana cara cukur rambut bayi dengan betul serta doa cukur jambul? Di sini kami kongsikan cara mencukur rambut bayi dalam majlis cukur jambul yang simple hasil perkongsian daripada Puan Halimatulssaadiah Wan Jusoh melalui laman Facebook miliknya. Semoga bermanfaat untuk semua ibu bapa dan penjaga.
Cukur Rambut Bayi Baru Lahir
Hukum cukur anak rambut bayi
hukum mencukur rambut sehingga botak adalah sunat dan mencukur jambul juga digalakkan.
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira baby girl or baby boy. Jangan cukur sipi-sipi je. Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadis tentang kelebihannya.
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor. Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak.
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
Contoh rambut baby R ni berat 0.99g.
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Cukur rambut bayi
Jambul yang telah dicukur dari rambut bayi ketika majlis cukur jambul yang diadakan selepas 7 hari kelahiran.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur:
Berikutnya adalah bahan cukur jambul yang digunakan serta cara yang dibuat ketika mencukur rambut bayi yang telah dilakukan yang turut dikongsikan.
Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & Baby R. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.
Ambil 1 bekas berisi air suam
Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampu rambut baby.
Guna pisau cukur gillette je atau mana-mana yang ada. Pastikan baru.
Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas atau sampul angpaw.
Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas.
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat Ustaz Azhar Idrus.
Bila Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir – Ustaz Azhar Idrus
Pengalaman korang pulak camner? Share la sikit. Nak tau jugak.
Semoga bermanfaat.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel