≡ Menu

Menakutkan Cara Etnik Lain Menguruskan Jenazah


Bila bercakap tentang kematian, pasti ramai akan terbayang jenazah, kain kafan, keranda, kubur dan air mata. Semua ini sudah cukup membuatkan kita takut akan kematian yang boleh datang pada bila-bila masa. Siapa tahu andai tatkala ini si pencabut nyawa sedang memerhatikan kita?

Setiap etnik dan agama mempunyai kepercayaan dan ritual masing-masing sebagai cara penghormatan buat si mati. Umum mengetahui ada golongan yang menanam, mengawet atau membakar mayat sebagai upacara menghantar si mati menghadap tuhan.

Namun tahukah anda, ada etnik yang menyimpan jenazah ahli keluarga di rumah dan melayan mereka seolah-olah si mati masih hidup?

Mereka ialah etnik Toraja, kelompok orang Asli di Sulawesi Selatan, Indonesia. Kebanyakan mereka merupakan penganut agama Kristian, manakala ada sebahagiannya beragama Islam di samping pengikut ajaran animisme, tinggalan nenek moyang digelar aluk to dolo.

Oleh itu, mereka menjaga si mati dan memakaikan pakaian, memberi makan, meletakkannya di tempat tidur sepertimana orang masih hidup.

BACA:  Sejarah Kejatuhan Palestin Dan Kewujudan Israel

Jenazah si mati akan diawet dengan formalin (formaldehyde) bagi memastikan mayat tidak reput, tetapi menjadi mumia dalam tempoh lama.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut wartawan National Geographic ketika melawati rumah sebuah keluarga Toraja, bau rumah tersebut tidak lebih daripada bau kayu cendana rumah keluarga berkenaan.

Selain itu, amalan ini juga merupakan cara untuk mereka mengatasi kesedihan apabila kehilangan orang yang tersayang.

“Ibu saya meninggal tiba-tiba, jadi kami tidak bersedia melepaskan dia pergi,” kata salah seorang wanita Toraja, Yohana Palangda kepada National Geographic.

BACA:  Tatacara Membaca Yasin Untuk Mengembalikan Barang Yang Hilang

Bagi mereka, kematian bukan titik perpisahan antara ahli keluarga namun permulaan talian yang baru. Jenazah ahli keluarga yang telah dikebumikan akan diziarahi dan diberi pakaian baru dari masa ke masa.

Lazimnya, mayat akan disimpan sama ada berminggu, berbulan bahkan bertahun sementara menunggu saudara mara dari jauh untuk pulang bagi menyertai pengebumian.

Bahkan, ada antara mereka sanggup membayar sehingga RM 12,000 untuk rawatan pergigian ahli keluarga yang sudah meninggal. Amalan ini dilakukan secara meluas sehinggakan ada doktor gigi yang mempunyai kepakaran khusus dengan kerja-kerja tersebut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel