≡ Menu

Media Yahudi Ketawakan Kenyataan Hishamudin


SHAH ALAM – Lidah pengarang Jews News cuba bermain api apabila berita mengenai kesedian tentera Malaysia untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis dijadikan bahan lawak oleh portal berkenaan.

Lampiran berita berkenaan yang tertera tajuk ‘Tentera Malaysia bersedia untuk main peranan membantu Muslim (merujuk isu Palestin)’ disertakan dengan kapsyen ketawa, dengan kenyataan ‘kami boleh hancurkan Malaysia dalam satu saat’ ternyata ibarat mencurah api hinggakan berlakunya perbalahan lidah dua negara.

Jelas Engku Shaharin , tentera Zionis Israel hanya berani menyerang rakyat Palestin tetapi takut untuk berhadapan dengan tentera Hamas.

“Kau ibarat anak-anak kecil, yang penakut,” tulisnya membalas kenyataan persendaan berita berkenaan.

Sementara itu menurut, Nur Ant Azalea, kenyataan itu seolah-olah memperlihatkan Israel takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Shame on u Israel!!, anda fikir anda boleh hancurkan Malaysia dalam masa satu saat, hanya bermimpi…anda tiada apa-apa tanpa AS, hanya berani dengan anak-anak kecil dan wanita,” tegasnya.

BACA:  Hukum Tidak Membasuh Tuala Wanita Yang Telah Dipakai! Jangan Ambil Mudah!

Dalam itu, berang dengan kenyataan itu, seorang warga Pakistan Abdul Basit Kiyani, menyatakan sokongan terhadap tindakan Malaysia itu.

“Malaysia tidak keseorangan kerana Pakistan bersama anda, Israel jangan lupa tentang Pakistan, kami boleh hancurkan Israel separuh saat sahaja, datanglah berlawan dengan kami, kami sentiasa bersedia,” katanya yang merujuk tajuk berita berkenaan.

Gara-gara kenyataan itu, seorang penyokong Israel Mazi Samuel O. Ukaegbu meminta Abdul Basit agar diam namun sebaliknya dia ditertawakan oleh netizen lain.

Sementara itu, Adilah Ayob Khan pula menzahirkan ucapan terima kasih ke atas Abdul Basit, Terima Kasih dari Malaysia, Israel penakut dan ia tiada apa-apa sebenarnya.

BACA:  Tazkirah Mengenai Mati. 3 Jenis Golongan Yang Bersedih Diatas Kematian Kita

Sementara itu menurut seorang penganut Kristian pula iaitu Oldpoint Wapa menyatakan Iran boleh hancurkan Israel dalam masa beberapa jam sahaja.

Sebelum ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan mereka sentiasa bersiap siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel merupakan tamparan hebat bagi seluruh dunia Islam.

 

Sumber: www.sinarharian.com.my

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel