≡ Menu

Masih Ramai Yang Keliru Tentang Hukum Kucing Bertempek Di Kaki Semasa Solat


Bagi mereka yang mempunyai kucing di rumah pasti tidak jelas, adakah solat mereka sah ataupun tidak jika bulu kucing terdapat pada pakaian atau kucing itu bermain-main di kaki saat solat bukan? Pendedahan ini sudah dikupas oleh ramai ilmuwan agama, termasuk juga mufti kita [rujuk]

SOALAN 7 (20 APRIL 2015 BERSAMAAN 1 REJAB 1436H)

Saya ingin bertanya mengenai hukum bulu kucing yang tertanggal. Saya ada terbaca banyak pendapat yang mengatakan bulu kucing yang tertanggal dikira sebagai najis atas dasar kucing tergolong dalam kategori haiwan yang haram dimakan. Pendapat ini berdasarkan Mazhab Shafie. Dan ada juga yang berpendapat bahawa bulu kucing yang tertanggal adalah bukan najis atas dasar kucing itu sendiri bukanlah haiwan yang najis. Jadi soalan saya, adakah bulu kucing yang tertanggal adalah najis? Dan adakah tidak sah solat jika terdapat bulu kucing pada anggota badan ketika bersolat?

BACA:  Isteri, Awasi Amarahmu, Jangan Sampai Hilang Redha Suamimu

JAWAPAN

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW menyifatkan kucing sebagai suci dan tidak najis. Antaranya mafhum sabda Baginda ﷺ: “Sesungguhnya ia tidaklah najis tetapi ia sejenis binatang yang sentiasa berlingkaran kepada kamu.” (Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi, al-Nasai dan Ibn Majah)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Imam al-Turmuzi berkata hadith ini hasan sahih dan pendapat kebanyakan ulama di kalangan sahabat Nabi, tabiin dan selepas mereka seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishak berpendapat bekasan kucing tidaklah mengapa. Sebenarnya isu ini menjadi khilaf di kalangan ulama. Mengikut kenyataan Ibn Qudamah “Setiap haiwan hukum bulunya, kulitnya, peluhnya, air matanya, dan air liurnya adalah hukum berdsarkan jilatannya pada bersih atau najis”. Lihat al-Mughni 1/48.

Terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa siapa yang solat dan terdapat pada pakaiannya lebih daripada 3 helai bulu kucing maka solatnya tidak diterima. Sebenarnya pendapat tersebut tidaklah kuat kerana tidak diasaskan kepada dalil sebaliknya dalil bersama pendapat yang menyatakan tidak batal.

BACA:  Jika Ibu Berdarah O, Anak Lebih Senang Kena Demam Kuning Semasa Dilahirkan!

Menurut Mazhab Syafie bulu kucing yang tercabut semasa ia masih hidup adalah najis tapi najis yang dimaafkan. Namun begitu, jika badan, pakaian atau tempat solat terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.

Seeloknya apa yang dicadangkan adalah dengan meletakkan sebentar kucing di ruang yang lain seperti di dalam sangkar supaya ianya tidak mengganggu kekhusyukkan ketika solat.

Perkara tersebut dikongsikan oleh mufti sendiri di akaun Twitter miliknya sebagai pendedahan kepada mereka yang peminat kucing.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel