≡ Menu

Masih Degil, Sekurang-Kurangnya 80 Rakyat Malaysia Hadir Ke Perjumpaan Tabligh Di Indonesia


Sekurang-kurangnya 80 warga Malaysia dipercayai telah tiba di Gowa di Makassar, Indonesia, bagi menyertai perhimpunan Tabligh.

Ribuan lagi bakal menyertai program itu yang merupakan acara serupa seperti yang diadakan di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur hujung bulan lalu, yang menarik kira-kira 16,000 peserta.

Bupati (ketua daerah) Gowa, Adnan Purichta Ichsan mengesahkan bahawa perhimpunan itu merupakan acara tahunan di sana.

Adnan berkata, pihaknya telah meminta penganjur untuk menangguhkan perhimpunan itu, yang dinamakan Ijtima’ Dunia 2020 Zon Asia, ekoran penularan wabak Covid-19.

“Warga negara asing sudah ada (di sana). Kita terus memantau keadaan,” katany.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Terdahulu, Malaysiakini mendapati satu hantaran Facebook seorang anggota jawatankuasa ijtima yang menyatakan sejumlah 411 warga asing daripada sembilan negara, termasuk 83 orang dari Malaysia, telah berada di sana.

BACA:  Rawatan Pemutihan Gigi Ketika Berpuasa. Sah Atau Tidak Puasanya?

Jumlah itu sebahagian kecil daripada 8,283 peserta daripada seluruh Indonesia.

Setakat ini, Indonesia mencatatkan 227 kes positif Covid-19, dengan 19 korban.

Bagaimanapun republik itu setakat ini tidak akan mengeluarkan perintah berkurung atau larangan kemasukan, yang menurut Presiden Joko Widodo hanya akan mencetuskan panik di kalangan rakyat.

Sekurang-kurangnya 513 daripada 790 kes positif Covid-19 di Malaysia mempunyai kaitan dengan perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling.

Adnan berkata lagi, pihaknya telah cuba berhubung dengan penganjur sejak Jumaat lalu untuk menangguhkan himpunan itu, tetapi pertemuan hanya dibuat hari ini kerana penganjur mahu menunggu ketibaan anggota majlis Syura terlebih dulu.

“Sehingga hari ini baru ada pertemuan dengan pihak mereka. Permintaan kami pada penganjur agar ijtima’ diadakan sehari sahaja (19 Mac).

BACA:  4 Jenama Diboikot Dunia, Tetapi Kurang Sambutan Di Malaysia

“Penganjur berkata keputusan akan dibuat setelah sembahyang Subuh esok,” katanya lagi.

Setakat ini, kata Adnan, pihak pentadbiran wilayah dan pegawai perubatan telah ke lokasi perhimpunan – khemah-khemah besar yang didirikan di satu kawasan terbuka – untuk proses disinfeksi.

Satu akaun Facebook memparkan gambar seorang tokoh Tabligh ternama dari India, Sheikh Maulana Ibrahim Dewla, meninggalkan KLIA pada Selasa lalu untuk ke Indonesia.

Di bawah perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa bermula hari ini, kesemua peserta himpunan itu perlu menjalani kuarantin 14 hari apabila kembali ke Malaysia.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel