≡ Menu

Manfaat Kacip Fatimah Selain Daripada Kesihatan Dalaman Wanita!


Kita tahu minuman Kacip Fatimah.

Tapi apa sebenarnya Kacip Fatimah? Dan selain mujarab untuk masalah kesihatan dalaman para wanita, apa lagi manfaatnya? betulkah ia baik untuk kesihatan dalaman para wanita?

Kacip Fatimah atau nama saintifik Labisa Pumila adalah tumbuhan herba yang tumbuh di hutan. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama lain – Selusoh Fatimah, rumput Siti Fatimah dan akar Fatimah. Bahkan di pasaran, ia biasanya diproses ke dalam pelbagai bentuk seperti minuman, kapsul dan serbuk.

Secara tradisinya, Kacip Fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk meningkatkan fungsi seksual.

Fungsi Lainnya…

BACA:  Terhapus Semua Amalan Kerana Mengabaikan Ibadat Ini, Ruginya Kalau Kita Buat!!

Kacip Fatimah mengurangkan tahap kolesterol tambahan dalam badan dan lemak yang disimpan di dalam arteri. Ia mengurangkan trigliserida yang merupakan bahan lemak dalam tubuh dan melindungi daripada penyakit jantung.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Selain itu, Kacip Fatimah mempunyai keupayaan untuk mengembalikan kekuatan dan mencegah kerosakan rambut. Teh Kacip Fatimah dengan syampu pencuci rambut adalah penyelesaian untuk rambut yang rosak dan krim kulit Kacip Fatimah pula melindungi daripada alergi, ruam dan jerawat.

Kacip Fatimah mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tinggi membantu merangsang tindak balas sistem imun di dalam badan. Sistem imun dipertingkatkan dan dilindungi daripada penyakit. Kacip Fatimah juga adalah herba anti radang yang menyebabkan tumor dan membunuh sel-sel tumor. Bagi wanita, ia menghalang jangkitan dan membunuh bakteria faraj.

BACA:  Ramai Orang Terjaga Pada Pukul 3-5 Pagi, Tetapi Tak Tahu Itu Adalah Panggilan Dari Illahi!

Walaubagaimanapun…

Walaupun Kacip Fatimah telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak turun temurun, namun malangnya, tiada data klinikal yang mencukupi bagi menilai keselamatan penggunaan Kacip Fatimah untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, para pengguna dinasihatkan agar merujuk kepada ahli farmasi dan doktor sekiranya simptom penyakit masih berlanjutan atau bertambah teruk selepas pengambilan produk ubat atau makanan/ minuman yang mengandungi Kacip Fatimah. Pengguna boleh menyemak samada sesuatu produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui nombor pendaftaran MAL yang dicetak pada label produk.

Selamat Beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel