≡ Menu

Malaysia #QuranTime, Jakim Mengajak Orang Ramai Membaca Al-Quran Pada Waktu Zohor Hari Ini


EKORAN penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan kini sehingga dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, adalah lebih baik jika bagi yang beragama Islam untuk ‘mengisi’ waktu kuarantin ini dengan amalan ibadah.

Justeru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menjalankan satu program ibadah yang dinamakan sebagai ‘Malaysia #QuranTime, Solidariti Ummah Untuk Malaysia‘ yang bakal bersiaran secara langsung di TV Alhijrah hari ini.

Program mengaji Al-Quran ini berjalan selama satu jam, dari pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, dan berlokasi di kediaman masing-masing.

BACA:  Teh Hijau, Boleh Melemahkan Sel Kanser Payudara!

Difahamkan, antara pengisiannya sepanjang satu jam tersebut adalah membaca surah Ar-Rahman beserta tadabbur mengenainya sehinggalah ke bacaan doa untuk kesejahteraan negara.

Marilah kita bersama-sama menyahut seruan ini agar usaha kita selama satu jam itu mendapat redha Allah SWT dan semoga keadaan negara kita akan kembali pulih dari cengkaman COVID-19 sikit masa lagi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ameen..

BACA:  Cegah Dan Rawat Gout Dengan Enam Makanan Ini. Tak Perlu Ubat-Ubatan
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel