≡ Menu

Makan Kicap, Anak Jadi Gelap Itu Tahyul Semata-Mata! Baca Fakta Dari Sudut Perubatan Ini


“Awak ni, asyik nak makan kicap je hitam kulit anak nanti tau…”

Makan makanan bersama kicap mungkin akan menjadi salah satu makanan yang ibu mengandung akan ‘mengidam’. Mana tidaknya, rasa yang yang sedikit masin dan manis ini pastinya akan menjadikan apa jua juadah enak! Tapi, ramai juga yang memberi pesanan kepada wanita hamil supaya menjauhi kicap kerana khuatir kulit anak akan menjadi gelap. Betul atau tidak? Ini adalah penjelasan dari pakar.

JANGAN MAKAN KICAP TU, NANTI ANAK GELAP!

“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Kang anak yg dikandung tu jadi gelap, macam kicap tu gak! “- ujar makcik Senah kepada anaknya yang baru disahkan oleh doktor hamil dalam 4 bulan.

“Ko jangan degil dengar cakap mak. Keluarga kita semua putih putih cerah-cerah. Anak kakak ko si Betty tu, tengok anak dia dah itam legam, betty degil tknak dengar ckp mak dulu. Budak-budak skang ni bukan boleh ditegur sikit. Cakap kita kolot la ape lah. Padahal aku yg makan garam dulu dari korang tau” – tambah makcik senah bila anak yg dileteri itu mencebikkan muka bila ditegah makan kicap.

BACA:  Betul Ke Mandi Malam Menyebabkan Paru-paru Berair?

Masalahnya, betol ke makan kicap, anak yang dikandung tu boleh jadi gelap mcm kicap tu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ni minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya tu. Dia lupa ke yang kicap tu asalnya dari kacang soya sendiri? Pening oi pening! Meh ler saya nak explain sikit;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

PENJELASAN DARI PAKAR

1. Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.

2. Molekul yg sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yg tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.

BACA:  Air Kencing Berbuih Petanda Sakit Buah Pinggang?

3. Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit je sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino.

So dah jelas sebenarnya permakanan tak mempengaruhi warna kulit bayi. Tapi sebenarnya bergantung pada perwarisan genetik – iaitu warna kulit mak atau ayah bayi tu sendiri. Penyelesaiannya mudah saja, kalau nak sangat baby putih melepak, kenalah kawin dgn mat salleh yang putih melepak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel