Lingkaran gelap di bawah mata akan menjadi wajah kelihatan kusam, tidak bermaya dan pucat. Beberapa sebab ianya terjadi termasuk faktor seperti kurang tidur, tekanan, penyakit malahan diet yang tidak sihat.
Kalau krim mata masih juga tidak sesuai, guna saja cara tradisional turun temurun nenek moyang ini. Apa yang anda perlukan untuk menghilangkan lingkaran gelap dan bengkak bawah mata yang hanya membuatkan anda kelihatan seperti panda? Jawapannya ialah AIR MAWAR.
Mungkin ada di antara kita yang langsung tidak mengetahui bunga mawar banyak khasiatnya. Simbolik dengan bunga cinta, bunga mawar dikatakan mempunyai banyak kelebihan untuk kecantikan.
Anda boleh cuba menggunakan air mawar untuk mengatasi masalah ini. Kandungan di dalamnya akan dapat melembutkan semula kawasan di bawah mata, memulihkan keseimbangan kulit pH, menguatkan dan mengembalikan sel-sel kulit, mencerahkan kulit yang gelap, dan melegakan bengkak dan kemerahan.
Bagaimana cara lakukannya?
Pertama bersihkan bahagian kulit di bawah mata. Kemudian celupkan kapas dalam air mawar. Kemudian, aplikasi di kawasan mata. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk, kemudian keringkan. Lakukan setiap hari dengan kerap.
Sekiranya anda ingin kesan penyejukan mata, anda juga boleh membekukan air mawar ini menjadi kiub ais. Selepas pembekuan, ambilkan kiub ais. Kemudian, bungkusnya dengan kain bersih. Kemudian, gosokkan atau urut dengan perlahan ke kawasan mata panda. Lakukan dua kali sehari dengan kerap.
Cara penyediaan air mawar, boleh dilihat dalam rtikel terdahulu. Baca di sini – Cara Membuat Air Mawar Untuk Kulit Cantik Bagai Puteri Jawa
Sekarang kamu pun boleh cuba cara semulajadi ini. Insyaallah berkesan!
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel