≡ Menu

Lima Makanan Yang Membahayakan. Boleh Menyebabkan Kematian!


Ramai di antara kita silap kerana tidak mengenali bahan-bahan yang terkandung dalam makanan atau minuman yang diambil.

Tatkala berdiet terutamanya, mengira kadar kalori sahaja tidak mencukupi sebaliknya membaca label bahan makanan yang dibeli adalah lebih utama dan perlu diteliti secara bernas sebelum diet itu kemudian menjadi sia-sia sahaja.

Ini senaraikan lima (5) jenis ramuan yang paling berbahaya untuk dimasukkan ke dalam tubuh manusia, seperti yang pernah dikongsikan oleh Dr. Oz dan rancangan bual-bicara, The Oprah Winfrey Show.

#1 Gula (Sugar)

Menurut doktor perkara pertama yang perlu diperhatikan pada label makanan/minuman adalah gula atau “Sugar”. Jika ada, sila elak membeli (makan atau minum) produk tersebut. Ini kerana, gula yang dimaksudkan di sini adalah bukan gula semula jadi tetapi adalah gula yang sudah dicampur dengan lemak dan fiber. BAHAYA!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#2 Sirap Jagung Berfruktosa Tinggi (High Fructose Corn Syrup)

Sama seperti gula, cecair likat yang berwarna jernih ini memiliki rasa yang sangat manis tetapi padah apabila diambil pada kadar yang tidak sepatutnya oleh manusia. Ini kerana cecair likat ini mampu menyekat manfaat lektin (sejenis protein) yang terkandung dalam kebanyakan makanan seterusnya halang perut manusia untuk berasa kenyang dan puas.

#3 Tepung Yang Diperkaya (Enriched Flour)

Seperti yang kita tahu, tepung adalah sumber karbohidrat yang terbaik kerana sifatnya yang ‘kosong’. Namun tahukah kamu terdapat banyak jenis tepung di pasaran? Salah satu yang berbahaya adalah Enriched Flour yang banyak digunakan dalam pembuatan roti.

Ini kerana, ia sudah dicampur dengan pelbagai bahan lain untuk memperbaiki tekstur dan rasa tepung biasa. Jangan tersilap, tepung yang baik adalah tepung gandum serta tepung gandum penuh.

#4 Lemak Tepu (Saturated Fat/Sat Fat)

Ramai tak tahu Saturated Fat atau lazimnya ditulis sebagai “Sat Fat” pada label makanan adalah lemak tepu yang diambil daripada haiwan berkaki empat. Ia boleh jadi dari lemak lembu, lemak khinzir dan lain-lain. Geli kan?! Lebih-lebih lagi yang Muslim, elak beli makanan yang mengandungi Saturated Fat kerana takut andai ia dibuat dari lemak babi dan bukannya lemak lembu.

#5 Minyak Sayuran Hidrogen (Partially Hydrogenated Vegetable Oil)

Minyak sayuran yang sering ditulis pada label makana sebagai “Trans Fat” ini berbeza dari minyak sayuran biasa kerana ia sudah dicampur dengan hidrogen. Fungsinya adalah untuk buat makanan yang dipaketkan tahan lebih lama di atas rak-rak pasaraya (supaya makanan tak mudah luput -boleh bertahan bertahun lamanya).

Apabila minyak sayuran biasa seperti minyak zaitun, minyak bijan, minyak canola dll telah dicampur dengan hidrogen untuk menjadi “Trans Fat”, konsistensinya berubah menjadi ringan seperti krim. Itu sangat bahaya jika dikonsum oleh manusia.

Jadi sebelum membeli tu, intai sikit label isi kandungan atau ramuan pada bahagian kotak atau pek pembungkusan makanan dan minuman. Kalau ada lima bahan berbahaya di atas tu, elak sahajalah beli. Buatlah pilihan yang lebih sihat supaya hidup kita kekal sejahtera tanpa serangan penyakit yang membawa kusukaran di masa akan datang.

Selamat beramal! ❤

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel